Warga emas maut dijerut perompak

Warga emas maut dijerut perompak - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Warga emas maut dijerut perompak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Warga emas maut dijerut perompak
link : Warga emas maut dijerut perompak

Baca juga


Warga emas maut dijerut perompak

Gambar dan Video Zuliaty Zulkiffli

ALOR SETAR: Seorang wanita berusia 71 tahun dari Taman Malaysia ditemui mati dengan kesan jerutan dipercayai akibat pergelutan ketika mangsa disamun di rumahnya petang tadi.

Mangsa, Kau Fu Eng, ditemui anak perempuan kira-kira jam 5.45 petang apabila pulang dari menghantar cucu mangsa ke kelas tuisyen.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata mangsa dipercayai dibunuh susulan penemuan kesan jerutan pada lehernya menggunakan kain.

Beliau berkata, suspek dipercayai masuk melalui pintu belakang yang tidak berkunci dan ketika kejadian, mangsa bersendirian di rumah itu.

"Suspek berkemungkinan datang untuk menyamun tetapi mungkin berlaku pergelutan atau mangsa menjerit menyebabkan suspek bertindak menjerut leher mangsa sehingga mati.

"Hasil pemeriksaan mendapati barang kemas mangsa bernilai RM10,000 dan sebuah tablet serta beberapa utas jam tangan di rumah itu hilang.

"Setakat ini kita mengesyaki perbuatan itu dilakukan oleh seorang atau lebih, namun pasukan forensik masih menjalankan siasatan dan turut dibantu Unit Anjing Pengesan K-9 Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya.

Mior Faridalathrash berkata, kejadian dipercayai berlaku di antara jam 2 petang hingga 5.45 petang dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan selerak dalam bilik mangsa.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, anak perempuan mangsa, Teoh Yean Sin, 41, berkata kali terakhir dia dihubungi ibunya pada jam 7 pagi tadi dan mendiang mengejutkannya untuk melakukan upacara sembahyang.

Katanya, ibunya sempat bertanyakan keadaan anak-anaknya dan meminta dia menjaga mereka dengan baik.

"Saya mengetahui kejadian ini selepas dihubungi kakak pada jam 5.45 petang meminta saya cepat pulang ke rumah kerana sesuatu berlaku terhadap ibu," katanya di sini malam ini.

Yean Sin berkata, mendiang ibunya seorang yang sangat baik dan pernah tinggal bersamanya lima tahun lalu di Taman Dahlia, tetapi pulang untuk tinggal di rumah itu bersama kakak dan dua cucunya.



Sumber Warga emas maut dijerut perompak


Demikianlah Artikel Warga emas maut dijerut perompak

Sekianlah artikel Warga emas maut dijerut perompak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: