Projek terowong P. Pinang: SPRM tahan ahli perniagaan terima rasuah RM19 juta

Projek terowong P. Pinang: SPRM tahan ahli perniagaan terima rasuah RM19 juta - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Projek terowong P. Pinang: SPRM tahan ahli perniagaan terima rasuah RM19 juta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Projek terowong P. Pinang: SPRM tahan ahli perniagaan terima rasuah RM19 juta
link : Projek terowong P. Pinang: SPRM tahan ahli perniagaan terima rasuah RM19 juta

Baca juga


Projek terowong P. Pinang: SPRM tahan ahli perniagaan terima rasuah RM19 juta

Projek terowong P. Pinang: SPRM tahan ahli perniagaan terima rasuah RM19 juta

SPRM menahan seorang ahli perniagaan disyaki menerima rasuah RM19 juta untuk tutup kes projek terowong dasar laut Pulau Pinang. — Foto oleh Yusof Mat IsaSPRM menahan seorang ahli perniagaan disyaki menerima rasuah RM19 juta untuk tutup kes projek terowong dasar laut Pulau Pinang. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 27 Feb — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan disyaki menerima rasuah RM19 juta kononnya bagi mempengaruhi penutupan kes siasatan projek mega terowong dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.

Suspek yang berumur 37 tahun itu dipercayai menerima wang berkenaan daripada sebuah syarikat selepas beliau dikatakan mampu ‘menyelesaikan’ siasatan yang dijalankan oleh SPRM.

Menurut sumber, pihak syarikat itu membayar wang berjumlah RM19 juta itu secara berperingkat sekitar Julai dan Ogos tahun lepas.

“SPRM menjalankan siasatan terhadap kajian projek mega di Pulau Pinang itu dan suspek berkemungkinan meyakinkan sebuah syarikat bahawa dia mampu menutup dan menyelesaikan siasatan yang dijalankan oleh SPRM.

“Pembayaran sebanyak RM19 juta sudah dilakukan dengan pembayaran pertama sebanyak RM2 juta adalah pada bulan Julai tahun lalu di rumah suspek,” kata sumber itu kepada Bernama hari ini. 

Menurut sumber, bayaran kedua iaitu sebanyak RM15 juta pula dilakukan pada bulan sama dan pembayaran ketiga dan terakhir pada Ogos tahun lepas.

“Suspek ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, pada 3.48 petang tadi selepas dipanggil memberi keterangan berhubung kes berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata pasukan penyiasat masih dalam proses mengumpul bukti bagi membantu siasatan.

“Suspek akan dihadapkan ke mahkamah Putrajaya untuk permohonan reman esok bagi membantu siasatan kes ini,” katanya.

Projek mega terowong itu mencetuskan pelbagai kontroversi, termasuk kos kajian kebolehlaksanaan terlalu tinggi, selain kaedah pembayaran menggunakan tanah kerajaan negeri serta pelaksanaan dibantah penduduk yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar. — Bernama



Sumber Projek terowong P. Pinang: SPRM tahan ahli perniagaan terima rasuah RM19 juta


Demikianlah Artikel Projek terowong P. Pinang: SPRM tahan ahli perniagaan terima rasuah RM19 juta

Sekianlah artikel Projek terowong P. Pinang: SPRM tahan ahli perniagaan terima rasuah RM19 juta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: