Judul : "Kalau terus bersedih pun tak guna" - Sufian Suhaimi
link : "Kalau terus bersedih pun tak guna" - Sufian Suhaimi
"Kalau terus bersedih pun tak guna" - Sufian Suhaimi
REDA dengan insiden putus tunang, penyanyi popular, Sufian Suhaimi meminta agar netizen menghentikan sebarang spekulasi yang berkaitan.Ini kerana, katanya, setiap spekulasi itu hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.
"Sebenarnya, banyak sangat spekulasi datang daripada orang luar yang seolah-olah mereka lebih tahu apa yang terjadi mengenai hubungan ini.
"Tapi, apa yang saya boleh cakap hanya saya, Elfira dan keluarga kami serta Tuhan saja yang tahu apa yang sebenarnya terjadi.
"Pada netizen, kalau boleh hentikanlah semua spekulasi yang ada. Kalau kita tak boleh menjernihkan keadaan, janganlah kita tambahkan lagi kekeruhan," katanya pada Sinar Harian.
BACA JUGA: Sufian, Elfira putus tunang: Jalan terbaik elak perceraian - Wan Dazrin
Ikatan pertunangan Sufian dan Elfira yang terputus di tengah jalan terus menjadi perbualan hangat netizen.Terbaru, netizen mengaitkan kehadiran usahawan, Asyraff Mazlan sebagai orang ketiga lantaran memuat naik foto yang memaparkannya dengan Elfira dan adiknya, Ezlisa Loy semasa meraikan ulang tahun kelahirannya di sebuah restoran di laman Instagramnya (IG).
BACA: "Saat kau berasa sedih, saat itu Allah memelukmu"- Elfira Loy
Menguatkan lagi spekulasi, Asyraff juga pernah memuat naik foto dengan seorang wanita berpakian purdah yang dipercayai Elfira, ketika menunaikan ibadah umrah, awal bulan lalu.
Lali dengan setiap spekulasi yang timbul, Sufian bagaimanapun lebih selesa mengambil pendekatan untuk terus kekal positif.
"Saya rasa tak perlu la kot nak terus bercakap pasal benda ini lagi. Lagipun, semuanya dah selesai.
"Saya percaya apa yang berlaku itu menjadikan saya pada hari ini. Kalau kita nak terus bersedih pun tak guna juga. Saya reda dan terima apa yang berlaku dengan hati yang terbuka.
"Lagi pula, saya tak nak 'rosak mood' sendiri jadi lebih baik saya ambil yang positif," katanya.
Pun begitu, pelantun lagu Terasa Ada ini mengakui tiada masalah untuk bekerjasama dengan bekas tunangnya itu, pada masa akan datang.
"Saya tak ada masalah sebab saya tak nak campurkan urusan peribadi dan kerjaya.
"Walaupun hubungan pertunangan dah berakhir tapi hubungan sesama manusia dan Islam masih lagi baik," jelasnya.
BACA JUGA: Bekas buah hati Elfira Loy kini pejuang MMA
Sufian dan Elfira bertunang pada 6 Oktober lalu dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Mac ini.
Bagaimanapun, ikatan pertunangan dua bintang muda ini terlerai apabila keluarga Elfira sepakat untuk memulangkan cincin kepada keluarga Sufian di Muar, Johor pada 19 Februari lalu.
Sumber "Kalau terus bersedih pun tak guna" - Sufian Suhaimi