Judul : “Ini Dugaan Yang Saya Perlu Telan Biarpun Pahit” - Intan Liana Saleh
link : “Ini Dugaan Yang Saya Perlu Telan Biarpun Pahit” - Intan Liana Saleh
“Ini Dugaan Yang Saya Perlu Telan Biarpun Pahit” - Intan Liana Saleh
Intan bakal diceraikan, Izreen kekal isteri. (Pic: Instagram @_iiiintvnroxs dan @izreen.azminda)
Siapa sangka siapa menduga tanggal 1 Mac yang akan genap ulang tahun kelima perkahwinan bakal berakhir dengan perceraian tak lama lagi. Keindahan itu bakal punah dan menjadi memori semata mata.
Situasi itu kini dilalui isteri pertama yang juga madu aktres Izreen Azminda, Intan Liana Saleh.
Suaminya Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, yang juga pemuzik bebas, dalam proses menceraikannya dan sekali gus hanya Izreen yang dinikahi sejak 8 Ogos tahun lalu saja akan menjadi isterinya kelak.
“Orang selalu cakap dalam tempoh lima tahun memang akan ada banyak dugaan dalam perkahwinan. Ia sedang saya lalui kini.
“Ini dugaan buat saya yang perlu saya telan biar pahit,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!
Benar intan pernah menerima hakikat yang dia rela hidup bermadu sebelum ini, bagaimanapun kini Intan reda dan menerima apa saja keputusan serta takdir yang tertulis dalam hidupnya menemui jalan perpisahan.
“Saya terima apa saja keputusan kerana itu yang Ude nak. Keputusan ditentukannya, saya terima.
“Ini takdir, saya terima. Saya bukan terbaik untuk dia. Dan dia sudah jumpa yang lebih baik untuknya.
“Kami akan bercerai atas sebab tiada persefahaman seperti mana yang difailkannya. Saya doa yang terbaik untuknya in the future. Saya harus lalui kehidupan mendatang tanpa lelaki bernama suami,” katanya.
Jelas Intan lagi, dia dan Ude juga sepakat untuk tidak membawa soal penjagaan anak hingga ke peringkat mahkamah.
“Hal itu atas perbincangan bersama kami. Ia tak dituntut di mahkamah. Semuanya atas budi bicara kami berdua.
“Jujur saya tak tahu lagi apa kesudahannya kerana kes perceraian ini akan disebut semula pada 22 Mac nanti,” katanya.
Sedang dalam peringkat membiasakan diri menjadi ibu tunggal, Intan juga harus menerima hakikat yang dia harus bekerja kuat meneruskan kelangsungan hidup sendirian ditemani dua anak tersayang.
“Sebelum ini memang saya tak bekerja dan hanya jadi full time housewife. Kini saya harus mula from zero.
“Saya ada juga meniaga kecil kecilan di dalam talian menjual minyak wangi dan jamu sejak November tahun lalu.
“Kalau tiada aral bulan depan saya akan lancarkan lip matte pula. Lepas ini saya kena berdikari. InsyaAllah Saya juga akan cuba nasib mengikuti uji bakat untuk berlakon iklan,” kata ibu kepada Aris Muqri,4 dan Ariq Muqri, 1.
Dalam pada itu, Ude sedar jalan perpisahan adalah terbaik untuknya dengan Intan kerana dia sudah tiada hati lagi dengan isteri pertamanya itu.
Baginya tiada guna lagi berdusta meneruskan apa yang sudah dilihat tawar.
“Jujur saya ambil masa lama juga membuat pertimbangan dan berfikir panjang. Akhirnya perpisahan adalah jalan terbaik. Apapun, kebajikan isteri pertama dan dua anak kami akan tetap terjaga,” kata Ude.
Terdahulu Ude dikatakan bakal melafazkan cerai terhadap Intan selepas memfailkan permohonan itu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak pada 28 Februari lalu. Namun ia ditunda ke 22 Mac depan. Permohonan itu dibuatnya sejak 30 november tahun lalu.
Namun kata Ude dia belum melafazkan talak itu kerana masih dalam proses perbincangan mengenai nafkah dan hak penjagaan anak.
Sumber “Ini Dugaan Yang Saya Perlu Telan Biarpun Pahit” - Intan Liana Saleh