Judul : 'Beri kami peluang untuk perbaiki diri dan perbetulkan keadaan' - Pihak Neelofa tampil mohon maaf dan beri penjelasan
link : 'Beri kami peluang untuk perbaiki diri dan perbetulkan keadaan' - Pihak Neelofa tampil mohon maaf dan beri penjelasan
'Beri kami peluang untuk perbaiki diri dan perbetulkan keadaan' - Pihak Neelofa tampil mohon maaf dan beri penjelasan
Susulan dikecam netizen kerana memilih sebuah kelab malam sebagai tempat untuk melancarkan koleksi tudung dan majlis ulang tahun kelahiran, pihak Neelofa tampil memohon maaf dan memberi penjelasan, lapor mStar Online.
Pengarah Urusan, NH Prima International Sdn Bhd, Noor Nabila Mohd Noor yang juga kakak kepada Neelofa berkata, pihaknya telah mengambil langkah berjaga-jaga dan memastikan semua jenama dan botol minuman keras, gelas serta perkakasan yang terdapat dalam kelab malam itu dikeluarkan dari lokasi majlis.
Beberapa peraturan lain turut dilakukan iaitu akses ke bar dan kelab lain juga ditutup selain semua tetamu dilarang merokok sepanjang majlis diadakan.
"Kami juga mendapatkan katerer luar untuk menyajikan makanan halal. Semua perkakas termasuklah sudu, garpu dan gelas yang digunakan oleh para tetamu juga disediakan oleh pihak katerer," katanya.
Noor Nabila menjelaskan, pihaknya membuat keputusan untuk mengadakan majlis pelancaran di kelab malam itu kerana kelab itu juga turut menawarkan ruang untuk disewa pada setiap hari Ahad dan Isnin.
Selain itu, sistem pencahayaan yang memberi efek neon, sistem bunyi, paparan LED serta sokongan teknikal adalah antara kemudahan yang diperlukan oleh pihaknya bagi menjayakan majlis berkenaan mengikut tema mereka. Kesemuanya didatangkan dalam satu pakej yang ditawarkan oleh pihak ruang acara.
"Untuk makluman, kami kini telah mengambil langkah segera untuk membetulkan situasi ini. Tiada yang lebih penting dari mendapatkan kembali kepercayaan dan keyakinan semua.
"Kami mengambil serius dan mendengar semua komen mengenai isu ini dan kami akan menggunakannya untuk membimbing kami secara positif bagi mengelakkan insiden yang sama berulang.
"Kami akan pastikan isu keagamaan dan kebudayaan akan dititikberatkan dalam setiap keputusan yang dibuat pada masa hadapan dan kami amat berharap agar diberi peluang untuk memperbaiki diri dan memperbetulkan keadaan," katanya sambil memohon maaf di atas apa yang berlaku.
Sementara itu, Neelofa di Instagramnya masih seperti biasa memuat naik gambar-gambar dengan kapsyen yang langsung tidak mengulas mengenai isu itu. Namun pada satu gambar dirinya, Neelofa mengucapkan terima kasih kepada Malaysia, namun netizen percaya kata-kata itu ada maksud tersirat di sebaliknya.
BERITA BERKAITAN:
Sumber 'Beri kami peluang untuk perbaiki diri dan perbetulkan keadaan' - Pihak Neelofa tampil mohon maaf dan beri penjelasan
Demikianlah Artikel 'Beri kami peluang untuk perbaiki diri dan perbetulkan keadaan' - Pihak Neelofa tampil mohon maaf dan beri penjelasan
Sekianlah artikel 'Beri kami peluang untuk perbaiki diri dan perbetulkan keadaan' - Pihak Neelofa tampil mohon maaf dan beri penjelasan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.