Judul : Selepas menang loteri RM21 juta, transgender pilih buat rawatan muka
link : Selepas menang loteri RM21 juta, transgender pilih buat rawatan muka
Selepas menang loteri RM21 juta, transgender pilih buat rawatan muka
Personaliti tv rancangan realiti berusia 57 tahun dari Hull ini berjaya menampakkan perbezaan ketara hasil rawatan kosmetik itu.
Memenangi loteri dan memperoleh wang tunai yang banyak, pasti menjadi impian setiap orang, bak kata orang bagai menerima durian runtuh.
Tetapi apakah yang akan anda rancangkan dengan wang yang bakal diperolehi itu? Beli harta, langsaikan hutang atau lanjutkan pelajaran?
Seorang wanita transgender, Melissa Ede, yang baru sahaja memenangi £4 juta (RM21.95 juta) menerusi tiket loteri yang dibelinya pada harga £10 (RM54.88) Disember lalu memilih untuk membelanjakan £10,000 (RM54,880) pertamanya untuk membuat rawatan muka dan kosmetik, mengubah keadaan wajahnya yang sudah berkedut dan menggeleber.
Menariknya, personaliti televisyen rancangan realiti yang berusia 57 tahun dari pekan Hull ini berjaya menampakkan perbezaan ketara hasil rawatan kosmetik itu.
Bercakap mengenai prosedur paling ketara, iaitu penegangan kulit dagu yang dilakukan secara bukan surgikal, Ede akui dia kini lebih yakin dan cantik.
Ede yang juga pemandu teksi memenangi wang itu beberapa hari selepas dia dilamar oleh temannya, Rachel Nason.
Rachel yang menumpang gembira dengan kemenangan Ede berkata dagu temannya itu lebih sempurna daripada sebelumnya yang digambarkannya seperti ayam belanda.
Ede terus merancang untuk menyambung lagi prosedur mengubah suai bahagian hidung dan mulut agar kelihatan lebih feminin.
Sebelum memenangi loteri, Ede seorang personaliti media sosial yang turut muncul dalam beberapa program televisyen seperti “The Jeremy Kyle Show”.
Dia seringkali dijemput untuk berkongsi cabaran hidupnya sebagai wanita transgender.
Kini, dia mempunyai impian yang lebih besar iaitu untuk melancarkan rancangan realiti tersendiri dan menerbitkan sebuah buku autobiografi menceritakan setiap detik perjalanan hidupnya.
Ketika ditanya mengenai saat membeli tiket loteri itu, Ede berkata dia membelinya selepas mengisi minyak untuk kenderaannya.
“Saya berfikir panjang sama ada untuk membeli rokok atau tiket loteri,” katanya.
Ede sebenarnya hanya mengharapkan memenangi £100 supaya dia boleh mengambil cuti pada malam Tahun Baharu, buat petama kali sejak 25 tahun bekerja.
The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.
Sumber Selepas menang loteri RM21 juta, transgender pilih buat rawatan muka