Judul : Isu tudung di kelab, mufti tulis surat pada Neelofa
link : Isu tudung di kelab, mufti tulis surat pada Neelofa
Isu tudung di kelab, mufti tulis surat pada Neelofa
PETALING JAYA, 27 Feb — Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Zulkifli Mohamad menulis surat kepada pelakon Neelofa.
Setakat ini tidak jelas butiran kandungannya tetapi surat itu dipercayai berkaitan isu pelancaran tudung di sebuah kelab malam, semalam.
Dalam foto yang dimuat naik di Facebook dan Instagram tokoh agama itu, beliau kelihatan mendraf surat di pejabatnya.
“Menulis surat terbuka untuk Hajjah Neelofa. Untuk muhasabah bersama,” coret Zulkifli.
Berita Harian hari ini melaporkan Neelofa melancarkan koleksi tudung terbarunya “Be Lofa” di sebuah pusat hiburan di Jalan Tun Razak.
Beliau dikecam tetapi mempertahankan lokasi itu yang dianggapnya sesuai dengan tema dan kos naik lapan kali ganda jika diadakan di tempat lain.
Namun, rakaman video gelagat wanita bertudung menari di majlis itu menular di media sosial hingga mengundang kritikan ramai.
Kurang 24 jam selepas pelancaran tersebut, tudung “Be Lofa” habis terjual.
Sumber Isu tudung di kelab, mufti tulis surat pada Neelofa