Judul : 5 Langkah Untuk Buat Ayat Iklan Berpengaruh Supaya ‘PM’ Masuk Berderu-.Deru
link : 5 Langkah Untuk Buat Ayat Iklan Berpengaruh Supaya ‘PM’ Masuk Berderu-.Deru
5 Langkah Untuk Buat Ayat Iklan Berpengaruh Supaya ‘PM’ Masuk Berderu-.Deru
Pernahkah anda memaksa prospek untuk membeli produk anda? Kenapa ianya terjadi? Adakah kerana ayat iklan anda gagal?
Anda nak buat ayat iklan? Tapi tiada pengalaman? Dan tiada jaminan ayat iklan itu akan menular dikalangan prospek anda?
Ayat iklan anda tidak membantu mendorong prospek membuat belian? Kurang mendapat sambutan?
Tahukah anda, 80% yang menentukan kejayaan pada sesebuah iklan bergantung kepada ayat iklan. Tetapi, bagaimana caranya untuk membuat ayat iklan yang boleh meriahkan bahagian komen dengan close sale? Pasti beratur orang PM anda.
Nak buat ayat iklan pun kena tahu caranya. Jom kita lihat langkah untuk menghasilkan ayat iklan yang akan menarik prospek untuk membeli tanpa dipaksa-paksa.
#1- Fokus Pada Produk

Contohnya jika anda menjual produk berasaskan kesihatan, anda perlu beritahu kelebihan produk anda kepada prospek.
Realitinya, pelanggan hanya mahu mengetahui tentang manfaat yang akan mereka perolehi jika menggunakan produk anda sahaja, bukannya nak tahu tentang perkara lain.
Untuk menghasilkan iklan yang kedebom anda mestilah meletakkan diri anda sebagai pelanggan yang mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi.
#2- Target Market Yang Betul

Contohnya jika anda jual produk suplement untuk ibu hamil anda perlu tahu apa masalah yang dihadapi oleh ibu hamil. Gunakan kuasa memujuk mereka untuk mencuba produk anda supaya mereka rasa masalah yang dihadapi ada penyelesaianya.
Tarik perhatian mereka dengan memberikan tester supaya ianya ranum dalam minda mereka dan buatkan mereka rasa tertarik untuk membeli.
#3- Gunakan Bahasa Pelanggan

Anda perlu tahu bahawa prospek anda terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Oleh itu, anda perlu bijak dalam menulis bahasa iklan. Biar bahasa ringkas tetapi mesej disampaikan jelas.
Gunakan perkataan yang lebih mudah difahami, jika ada perkataan saintifik anda perlu tukarkan kepada perkataan yang mesra pengguna.
#4- Lakukan Kajian
Anda perlu lakukan kajian tentang pemasaran produk jualan anda. Jangan main hentam tulis ja. Nanti jualan pun ke laut. Jadi, untuk selamat anda perlu gariskan beberapa perkara sebelum menulis ayat iklan yang berpengaruh. Contohnya :-
- Produk ini untuk apa? – Mengatasi Masalah Streckmark Wanita Hamil
- Nak jual dekat siapa? – Ibu Hamil
- Apa yang bestnya produk ini? – Hanya Perlu Spray dan Berasa Sejuk
- Kenapa kena beli dari anda? – Satu-satunya Penjual Produk Spray di Malaysia.
- Cara nak order? – Isi Borang
#5- Cari Waktu Sesuai Untuk Melancarkan Iklan

Bila waktu yang ideal pelanggan kita terpacak boleh tengok iklan kita? Pagi ke petang? Waktu cuti ke bekerja? Jam berapa? Selalunya waktu puncak ni pukul 12 tengahari, 3 petang dan 8 malam.
Sumber 5 Langkah Untuk Buat Ayat Iklan Berpengaruh Supaya ‘PM’ Masuk Berderu-.Deru
