Judul : 7 Jenis “Umpan” Untuk Memancing Hati Pelanggan Bagi Meraih Jualan
link : 7 Jenis “Umpan” Untuk Memancing Hati Pelanggan Bagi Meraih Jualan
7 Jenis “Umpan” Untuk Memancing Hati Pelanggan Bagi Meraih Jualan
Nak pancing hati pelanggan? Nak pancing ikan pun susah. Inikan pula pancing hati manusia. Eh, cuba anda fikir sejenak. Jika anda pancing ikan dikolam ternakan pasti ianya lebih mudah kan? Macam itu juga jika anda berjaya pancing hati pelanggan yang berada dalam ‘kolam’nya. Pasti lebih mudah untuk close sale.
Pelanggan pun ada kolam sendiri? Mestilah, bila pelanggan disatukan dalam kolam senanglah kerja anda untuk memancing hati mereka. Tapi, bagaimana nak menghimpunkan pelanggan berada dalam satu kolam? Macam susah je.
Umpan anda mestilah hebat barulah pelanggan tangkap terus dan tak lepas-lepas. Umpan apa nak bagi? Jom baca sampai habis jenis – jenis umpan untuk pancing hati pelanggan sampai close sale.
#1- Jenama Yang Hebat
Saya tak tahu nak bina jenama. Produk saya biasa-biasa sahaja. Macam mana saya nak jadikan jenama saya hebat? Itulah yang perlu dijadikan umpan bagi memancing pelanggan. Jenama yang gah akan membuahkan hasil yang mewah.
Jika anda mahu orang kenali jenama anda dengan mudah dan cepat, dan dapatkan gambaran yang jelas dan tepat tentang siapa anda dan apa yang anda lakukan. Anda mesti mempunyai sebuah Website Peribadi. Ada banyak cara yang MURAH dan MUDAH untuk membina Website Peribadi anda.
#2- Produk Yang Berkualiti
Kualiti produk akan meraih minat pelanggan untuk membuat belian jika kena dengan masalah yang mereka hadapi. Contohnya bagi pelanggan yang menghadapi masalah kegemukan yang tidak mahu produk jenis suplement tetapi mahukan produk jenis krim sapuan. Jadi, anda hasilkan produk jenis krim sapuan bagi mengatasi masalah lemak berlebihan.
Kualiti krim keluaran anda tidak melekit dan mempunyai bau buah buahan. Pasti ianya akan menjadi igauan kepada mereka yang mempunyai masalah kegemukan untuk mendapatkan produk berkualiti daripada anda.
#3- Harga Yang Berpatutan
Harga runtuh, harga luruh, harga sampai nak meninggal semuanya berkisar tentang harga untuk tarik pelanggan buat pembelian. Harga anda bagaimana? Jangan main letak harga sahaja.
Jika anda menawarkan harga yang berpatutan dengan tawaran produk yang hebat pasti anda akan menjadi buruan pelanggan dan umpan anda mengena.
Anda boleh selitkan pemberian hadiah atau voucher disebalik harga yang istemewa tersebut. Jangan main harga pula.
#4- Pekerja Yang Mesra
Umpan pekerja anda untuk mesra pelanggan supaya pelanggan selesa berada di kedai atau berurusan di media sosial dengan pekerja anda. Biasalah pelanggan ni ada banyak ragam. Jika dapat yang tak banyak ragam untunglah anda tetapi kadang-kdang yang banyak ragam ni selalunya nak buat belian yang banyak. Susah dahulu senang kemudian.
Melatih pekerja anda cara berkomunikasi dan cara tindakan yang sejajar dengan kehendak pelanggan. Pekerja yang baik dan mesra akan menghasilkan keuntungan kepada anda. Anda sebagai bos juga perlu mesra dengan pekerja.
#5- Komunikasi Dua Hala
Kerapkan komunikasi dengan pelanggan. Komunikasi adalah perkara yang membolehkan pelanggan anda lebih mempercayai kredibiliti produk anda.
Komunikasi boleh terjadi melalui laman media sosial, emel, SMS atau panggilan telefon. Jangan berkomunikasi terlalu kerap sehingga pelanggan anda rimas dengannya. Berikan tempoh yang bersesuaian.
Sentiasa bertanya tentang pendapat mereka dan jadikan mereka sasaran testimoni anda. Jangan terlalu memaksa tertapi lakukan dengan cara yang pelanggan selesa. Kelak, mereka membawa pelanggan baru kepada anda atas layanan yang baik diterima.
#6- Berikan Sesuatu Yang Lain Dari Yang Lain
Tambahkan produk mampu-beli di kaunter bayaran. Bagi kedai runcit atau restoran, anda boleh meletakkan beberapa barang yang mampu dibeli oleh pelanggan di kaunter. Seperti gula-gula, tisu dan beberapa produk lain.
Kedai alat-ganti juga boleh menggunakan strategi yang sama dengan meletakkan barangan seperti pewangi kenderaan di kaunter. Tugas petugas kaunter ialah untuk bertanya kepada pelanggan jika mereka mahu membeli produk tersebut.
#7- Pemasaran Yang Efektif
Pertama, cari kumpulan sasaran. Misalnya, menjual air mineral di kawasan hutan tempat pelanggan mengembara adalah perbuatan mudah berbanding menjual di puncak everest.
Malah pelanggan sanggup membayar RM5 bagi ais mineral yang modalnya cuma 80 sen. Mereka memerlukan bekalan air sebagai bekalan utama untuk mengembara ke puncak.
Kedua, semasa membuat promosi, fokus pada bagaimana anda dapat bantu pelanggan. Fokus kepada kelebihan setelah pelanggan menggunakan produk anda. Contohnya prospek akan lebih baik, hebat, sihat, bergaya, berkuasa, kaya dan berpengaruh jika memilih produk atau perkhidmatan anda.
Sumber 7 Jenis “Umpan” Untuk Memancing Hati Pelanggan Bagi Meraih Jualan