Minda kelas ketiga, punca oBike 'diratah'

Minda kelas ketiga, punca oBike 'diratah' - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Minda kelas ketiga, punca oBike 'diratah', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Minda kelas ketiga, punca oBike 'diratah'
link : Minda kelas ketiga, punca oBike 'diratah'

Baca juga


Minda kelas ketiga, punca oBike 'diratah'

KUALA LUMPUR: Isu vandalisme terhadap perkhidmatan perkongsian basikal tanpa stesen, oBike, makin berleluasa kerana minda masyarakat yang masih pada tahap ketiga.

Ini kesimpulan hasil tinjauan Astro Awani di Ampang, Selangor baru-baru ini, banyak basikal oBike yang sepatutnya digunakan sebagai pengangkutan awam menjadi 'mangsa' vandalisme.

Sikap masyarakat dalam negara kita boleh digambarkan dengan keadaan basikal oBike yang diratah oleh 'tangan-tangan' gatal.

Terdapat bahagian-bahagian basikal ditanggalkan seperti bahagian roda dan kerusi malah ada yang dirosakkan bahagian kuncinya untuk kegunaan sendiri.

Basikal ini telah diletak di tepi jalan dan kerusinya juga dibuang.

Basikal itu yang pada asalnya berwarna kuning, telah diubah suai kepada warna hijau dengan semburan cat  oleh si pencuri atas kreativiti secara membabi buta. Apa yang lebih menyedihkan ialah selepas puas basikal dirosakkan dan komponen dicuri, 'si pencuri bertindak membuangnya di tepi jalan seperti tiada sebarang nilai.

Hal ini boleh berlaku berikutan sikap masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan kurang kesedaran sivik.

Perbuatan itu mendapat reaksi negatif daripada masyarakat yang kecewa dengan sikap segelintir masyarakat di Malaysia.

Basikal ini pula telah diubah suai dan kuncinya dirosakkan untuk kegunaan sendiri

“Perkhidmatan basikal perkongsian di luar negara dengan Malaysia amat berbeza. Di Belanda dan Jepun, masyarakat mereka menjaga harta benda awam kerana telah diasuh semenjak usia masih kecil,”

“Saya berpendapat, kurangnya kesedaran sivik mengakibatkan perkara ini berlaku,” jelas seorang pereka grafik yang hanya mahu dikenali sebagai Wong.

Beliau mengakui pernah ternampak basikal kuning itu dibuang di dalam longkang dan dibiarkan berkarat di tepi jalan.

Bagi arkitek, Syahrul Nizam pula beliau meluahkan rasa kekecewaan dengan sikap kurang tanggungjawab pengguna membiarkan basikal itu dirosakkan secara melulu kerana kemudahan yang diberikan sepatutnya dihargai untuk kegunaan semua masyarakat.

“Saya pernah melihat banyak basikal oBike ditinggalkan di tepi jalan. Malah ada bahagian-bahagian pada basikal itu turut dicuri. Bagi saya, ini semua berpunca daripada pemikiran kelas ketiga,” jelas beliau yang pernah beberapa kali menggunakan perkhidmatan oBike.

Menurut seorang peniaga yang dikenali sebagai Tengku Syawal, basikal itu sepatutnya digunakan untuk aktiviti riadah namun dia kecewa kerana telah disalahgunakan oleh segelintir masyarakat.

“Punca kejadian vandalisme ini adalah disebabkan masyarakat kita yang tidak bertanggungjawab. Basikal itu bukannya harta persendirian oleh itu perlu dijaga dengan baik untuk kegunaan orang lain,” tambahnya lagi.

Perbuatan memalukan ini pasti tiada jalan noktah jika sikap masyarakat untuk menghargai dan menjaga harta benda awam tidak berubah.



Sumber Minda kelas ketiga, punca oBike 'diratah'


Demikianlah Artikel Minda kelas ketiga, punca oBike 'diratah'

Sekianlah artikel Minda kelas ketiga, punca oBike 'diratah' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: