Judul : PH akan laksana semula dasar bahasa Inggeris PPSMI?
link : PH akan laksana semula dasar bahasa Inggeris PPSMI?
PH akan laksana semula dasar bahasa Inggeris PPSMI?
KUANTAN, 28 Feb — Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mungkin dilaksanakan semula jika Pakatan Harapan (PH) menang pilihan raya umum nanti.
Pengerusi gabungan itu Tun Dr Mahathir Mohamad berkata PH akan mempertimbangkan cadangan itu jika mendapat permintaan rakyat, lapor Sinar Harian.
“Kita mungkin akan perkenalkan balik PPSMI. Kalau majoriti rakyat nak, kita akan laksanakan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
“Tapi dalam hal ini, terpulang kepada rakyat dan kita akan [pertimbangkan] jika itu yang mereka mahu.”
Dasar PPSMI mula dilaksanakan pada 2003 namun dibantah kerana tidak memartabatkan bahasa Melayu.
Pada 2009, diketuai sasterawan negara Datuk A Samad Said, ribuan turun menyertai demonstrasi Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) dengan berarak ke Istana Negara.
PPSMI dimansuhkan pada 2012 selepas kerajaan mendapati cara itu tidak berkesan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, malah mengurangkan minat terhadap subjek Sains dan Matematik.
Sumber PH akan laksana semula dasar bahasa Inggeris PPSMI?