Judul : “Izreen tidak pernah mencampuri urusan saya dan Liyana” – Ude minta pihak luar jangan kaitkan isteri keduanya
link : “Izreen tidak pernah mencampuri urusan saya dan Liyana” – Ude minta pihak luar jangan kaitkan isteri keduanya
“Izreen tidak pernah mencampuri urusan saya dan Liyana” – Ude minta pihak luar jangan kaitkan isteri keduanya
SUAMI pelakon popular Izreen Azminda, Radzi Abdul Wahid atau Ude, 29, juga seorang pemuzik berharap pihak luar tidak mengaitkan pelakon popular itu dalam proses perceraiannya dengan isteri pertama.
Sebaliknya Ude, yang dihubungi di sini, hari ini menegaskan apa yang berlaku antara dirinya dan isteri pertamanya, Intan Liyana Saleh tidak ada kaitan dengan Izreen.
“Seperti yang saya nyatakan bahawa keputusan untuk bercerai adalah jalan terbaik.
“Apa yang berlaku biarlah saya dan Intan Liyana yang selesaikan. Izreen tidak pernah mencampuri urusan saya dan Liyana,” katanya.
Kata Ude lagi, sebagai suami dan bapa dia bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku.
Ude juga mengharapkan orang keliling tidak memberikan tekanan dan membuat spekulasi.
“Seperti sebelum ini orang menuduh saya melulu dengan berkata saya seorang bapa yang tidak bertanggungjawab, sedangkan kebajikan Intan Liyana dan dua anak tidak akan saya abaikan,” katanya.
Selepas lima tahun berkahwin, Ude, pemuzik bebas, masih belum melafazkan cerai terhadap Intan Liana Saleh memfailkan permohonan itu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur, petang tadi.
Ude dan Intan Liana bernikah pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua anak lelaki, Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, 1.
Sumber: Metro
Sumber “Izreen tidak pernah mencampuri urusan saya dan Liyana” – Ude minta pihak luar jangan kaitkan isteri keduanya