MB Kedah: Air percuma, pembangkang ‘cedok’ manifesto BN

MB Kedah: Air percuma, pembangkang ‘cedok’ manifesto BN - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang MB Kedah: Air percuma, pembangkang ‘cedok’ manifesto BN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MB Kedah: Air percuma, pembangkang ‘cedok’ manifesto BN
link : MB Kedah: Air percuma, pembangkang ‘cedok’ manifesto BN

Baca juga


MB Kedah: Air percuma, pembangkang ‘cedok’ manifesto BN

Pembangkang sepatutnya membiarkan kerajaan BN memerintah Kedah jika hanya tahu 'mencedok' manifesto BN, kata Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah. ― Foto oleh KE OoiPembangkang sepatutnya membiarkan kerajaan BN memerintah Kedah jika hanya tahu 'mencedok' manifesto BN, kata Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah. ― Foto oleh KE OoiALOR SETAR, 27 Feb — Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata pembangkang sepatutnya membiarkan kerajaan Barisan Nasional (BN) terus memerintah Kedah jika hanya tahu “mencedok” manifesto BN yang telahpun dilaksanakan di negeri ini.

“Mereka ini (pembangkang) cedok apa yang kerajaan BN telah buat. Mereka tahu apa yang BN buat sebelum ini mendapat sambutan jadi untuk dapatkan sokongan rakyat mereka cedok manifesto kita antaranya memberi air percuma kepada rakyat.

“Kalau (dah) ambil manifesto BN, tak perlu nak tukar kerajaan. Lebih baik mereka sokong kerajaan sedia ada sebab semua manifesto yang kita janjikan telah dilaksanakan,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas manifesto pembangkang Gagasan Sejahtera Kedah untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang diumumkan semalam.

Gagasan Sejahtera menyenaraikan antaranya sumbangan beras sejahtera, mewujudkan Skim Tabungan Anak Kedah, membangunkan Sungai Kedah sebagai produk pelancongan dan menyelesaikan masalah bekalan air secara berperingkat. 

Manifesto BN pada PRU13 fokus terhadap pelaburan berskala besar, sektor pelancongan, isu perumahan, penyelesaian masalah banjir, kesihatan, keselamatan, kebajikan, sistem penyampaian awam, belia dan sukan, pendidikan dan pembangunan modal insan.

Bagi memastikan manifesto tersebut ditunaikan, Ahmad Bashah telah mengambil inisiatif melancarkan Program Bantuan Rakyat Kedah (Barakah) yang terbahagi kepada lima kategori iaitu Barakah Insan, Masyarakat, Usaha Niaga, Anak Muda dan Pendidikan serta Modal Insan.

Melalui Barakah Insan, bantuan berbentuk keperluan harian seperti beras, minyak, susu dan barangan keperluan lain telah diberikan kepada puluhan ribu penduduk di negeri ini yang terdiri daripada pelbagai lapisan dan kelompok masyarakat.

Selain itu, seramai 24,038 bayi yang baru dilahirkan di negeri ini telah menerima manfaat daripada skim Insentif Kelahiran Anak (IKA) berjumlah RM100 seorang daripada kerajaan negeri Kedah sejak diperkenalkan pada 2015.

BN juga telah mengambil langkah untuk menyelesaikan masalah bekalan air di Kedah ini dengan membuat pinjaman sebanyak RM1 bilion daripada Kerajaan Persekutuan untuk menaik taraf lima loji rawatan air (LRA) yang melibatkan LRA Pelubang, LRA Jenun Baharu, LRA Bukit Selambau, LRA Sungai Limau dan LRA Lubuk Buntar Lama.

Ahmad Bashah yang juga pengerusi BN negeri berkata BN negeri masih belum melancarkan lagi manifesto PRU14 kerana masih dalam perbincangan. — Bernama



Sumber MB Kedah: Air percuma, pembangkang ‘cedok’ manifesto BN


Demikianlah Artikel MB Kedah: Air percuma, pembangkang ‘cedok’ manifesto BN

Sekianlah artikel MB Kedah: Air percuma, pembangkang ‘cedok’ manifesto BN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: