Saya tak terbabit - Azeez

Saya tak terbabit - Azeez - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Saya tak terbabit - Azeez, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saya tak terbabit - Azeez
link : Saya tak terbabit - Azeez

Baca juga


Saya tak terbabit - Azeez

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim menafikan dakwaan terhadapnya berhubung projek terowong bawah laut Pulau Pinang dan bersedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kes berkenaan.

Abdul Azeez menerima surat tuntutan daripada sebuah firma dan didakwa menerima bayaran tertentu berhubung kerja rundingan berkaitan projek pembinaan berkenaan.

Katanya, beliau menerima surat tuntutan melalui pos berdaftar semalam namun dakwaan itu adalah tidak benar sama sekali.

"Saya tidak pernah jumpa individu berkenaan dan saya juga tidak mempunyai urusan dengan syarikat pembinaan itu.

"Malah saya sifatkan ini sebagai tuduhan liar untuk menjatuhkan saya di kawasan Baling, Kedah lebih-lebih lagi menjelang Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14)," katanya ketika ditemui dalam majlis Sembang Kopi O 3.0 di Universiti Malaysia, di sini, malam tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Baling berkata, sesiapa saja boleh menggunakan namanya sebagai perunding kerana dikenali ramai selain memegang jawatan tertinggi dalam Lembaga Tabung Haji.

"Saya percaya nama saya digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab dan sekiranya betul apa yang didakwa mengapa firma berkenaan tidak berjumpa saya lebih awal?

"Jika saya terbabit dalam kerja rundingan, mesti ada perjanjian yang ditandatangani. Kamu tidak boleh sebarangan kata saya menerima wang melalui proksi," katanya.

Abdul Azeez juga nekad mengambil tindakan mahkamah dan mahu mendakwa pihak yang membuat tuduhan berkenaan.

Beliau mengulas lanjut surat tuntutan firma berkenaan yang dihantar pada 24 Februari lalu, di mana ahli politik itu dilaporkan menerima sejumlah bayaran untuk kerja rundingan berkaitan dengan projek terowong.



Sumber Saya tak terbabit - Azeez


Demikianlah Artikel Saya tak terbabit - Azeez

Sekianlah artikel Saya tak terbabit - Azeez kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: