Judul : Aishah jalani pembedahan Bariatrik
link : Aishah jalani pembedahan Bariatrik
Aishah jalani pembedahan Bariatrik
JUARA Gegar Vaganza musim keempat (GV4), Aishah selamat menjalani pembedahan Bariatrik, semalam.Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah binti Wan Ariffin memaklumkan dia tidak sakit dan hanya akan menjalani pembedahan Bariatrik.
Kemudian kira-kira satu jam lalu (11.30 pagi), penyanyi yang hit dengan lagu Janji Manismu sudah semakin pulih.
"Alhamdulillah dah bangun dan jalan2. Buat sementara ni saya mohon sedikit privacy, walaupun saya tahu ada yang nak ziarah.
"Harap berikan I masa untuk merehatkan dan memulihkan diri ok," tulisnya.
Menerusi pencarian yang dilakukan, Bariatrik atau 'mengikat perut', dilakukan bagi mengatasi penyakit diabetes, sakit sendi dan sakit belakang dan mereka yang menjalani pembedahan ini kerana mengalami obesiti dan masalah kesihatan berkaitannya.
Aishah, 53, menerusi konsert di GV4 pernah mengakui mengalami masalah sakit lutut.
Sumber Aishah jalani pembedahan Bariatrik