Uzbekistan mansuh visa kepada pelawat Malaysia

Uzbekistan mansuh visa kepada pelawat Malaysia - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Uzbekistan mansuh visa kepada pelawat Malaysia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Uzbekistan mansuh visa kepada pelawat Malaysia
link : Uzbekistan mansuh visa kepada pelawat Malaysia

Baca juga


Uzbekistan mansuh visa kepada pelawat Malaysia

SEKUMPULAN warga Malaysia disambut meriah oleh Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan Republik Uzbekistan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tashkent pada jam 3 pagi waktu tempatan, 15 Februari lalu kerana menjadi kumpulan pertama warga asing yang tiba ke negara itu tanpa visa.

Sejurus menjejakkan kaki di terminal, Setiausaha Akhbar Jawatankuasa itu, Temur Mirzaev, meminta kebenaran setiap pergerakan ke kaunter imigresen dirakam.

"Sebentar lagi, anda semua akan bertemu Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Republik Uzbekistan, Shakhrukh Sharakhmetov.

Saya harap semua dapat bergerak secara berkumpulan," katanya kepada mereka yang kelihatan terkejut dengan pemintaan tuan rumah itu.

Kumpulan 23 pelancong Malaysia itu diketuai Pengarah Urusan Zahafiz Travel & Tours, Datuk Seri Zainal Abidin Yusof yang menjadi kumpulan pertama warga Malaysia yang tidak menggunakan visa.

Pemansuhan visa terhadap Malaysia berkuat kuasa pada 10 Februari lalu, selain Singapura, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Israel dan Turki.

Sejurus mengambil bagasi, Zainal mengetuai pelanggan agensi pelancongannya ke terminal ketibaan sambil dinantikan oleh Shakhrukh dan beberapa pegawai kanan jawatankuasa itu.

Zainalyang turut ditemani isteri, Datin Seri Mazenah Abdullah, kemudian disarungkan pakaian tradisional Uzbekistan manakala yang lain diberikan bendera serta cenderahati republik itu.

Beliau kemudiannya ditemuramah oleh Temur berhubung pandangannya terhadap pemansuhan visa ke Uzbekistan.

Dalam temuramah itu Zainal mengucapkan terima kasih dan bersyukur kerana pemansuhan visa itu memudahkan agensi pelancongan tempatan untuk mempromosikan negara laluan sutera itu.

"Uzbekistan banyak kesan sejarah Islam dan wajar dikunjungi rakyat Malaysia. Antara tarikan utama termasuklah Makam Imam Bukhari, perawi hadis tersohor dan makam sepupu Rasulullah S.A.W, iaitu Kusam ibni Abbas," katanya.

Sejak kebelakangan ini, semakin ramai rakyat Malaysia melancong ke Uzbekistan kerana tarikan peninggalan Islam di republik itu, terutama di Tashkent, Bukhara dan Samarkand.

Uzbekistan, negara empat musim turut menjanjikan pemandangan indah dan mempesona terutama pada musim salji. Sebahagian besar rakyat Malaysia memilih musim bunga dan salji untuk bercuti ke negara itu bersama pasangan dan keluarga.

Kadar tukaran wang yang rendah, keindahan hiasan seramik dan kehalusan sutera turut menjadi tarikan warga Malaysia ke Uzbekistan.



Sumber Uzbekistan mansuh visa kepada pelawat Malaysia


Demikianlah Artikel Uzbekistan mansuh visa kepada pelawat Malaysia

Sekianlah artikel Uzbekistan mansuh visa kepada pelawat Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: