Judul : Bukan sekadar di Malaysia, oBike turut menjadi mangsa vandalisme di negara luar
link : Bukan sekadar di Malaysia, oBike turut menjadi mangsa vandalisme di negara luar
Bukan sekadar di Malaysia, oBike turut menjadi mangsa vandalisme di negara luar
KUALA LUMPUR: Isu perkhidmatan perkongsian basikal, oBike, yang menjadi mangsa vandalisme di negara kita kembali diperdebatkan.Ia memberi gambaran sikap dan minda masyarakat kita masih berada pada tahap rendah kerana basikal yang sepatutnya digunakan sebagai kemudahan, kini dirosakkan.
Namun demikian, oBike bukan sahaja menjadi mangsa kerakusan di Malaysia malah di beberapa negara luar nasib yang sama menimpa perkhidmatan berkenaan.
Ada yang menjadikan basikal berkenaan sebagai harta benda sendiri, dirosakkan serta dijadikan sebagai alat ganti untuk basikal lain.
Di Australia, oBike bukan sahaja diparkir di tempat yang tidak sepatutnya malah ada yang dibuang ke dalam sungai.Malah di Singapura, tempat terletaknya ibu pejabat oBike, turut menghadapi perkara sama.
Beberapa basikal oBike dijumpai di kaki lima rumah flat, dibuang ke dalam parit dan juga longkang.
BACA: oBike beri manfaat kepada pengguna? Tepuk dada tanya selera
Seperti yang berlaku di negara kita, di Singapura juga terdapat kes kunci basikal dirosakkan untuk kegunaan sendiri.
Penyediaan basikal oBike bertujuan memberi kemudahan kepada orang ramai untuk bergerak dan juga bersenam.Namun sampai bila mentaliti vandalisme akan terus jadi penghalang agar kemudahan yang disediakan mampu dinikmati semua pengguna.
BACA: Minda kelas ketiga, punca oBike 'diratah'
Sumber Bukan sekadar di Malaysia, oBike turut menjadi mangsa vandalisme di negara luar