Lelaki 5XL Ini Buktikan Berat Badan Bukan Penghalang!

Lelaki 5XL Ini Buktikan Berat Badan Bukan Penghalang! - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Lelaki 5XL Ini Buktikan Berat Badan Bukan Penghalang!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lelaki 5XL Ini Buktikan Berat Badan Bukan Penghalang!
link : Lelaki 5XL Ini Buktikan Berat Badan Bukan Penghalang!

Baca juga


Lelaki 5XL Ini Buktikan Berat Badan Bukan Penghalang!

Lelaki 5XL Ini Buktikan Berat Badan Bukan Penghalang!

Biarpun bersaiz besar, lelaki ini sudah pun beraksi di Minggu Fesyen New York. (Gambar: iam_adydelv)

Sebut saja mengenai bidang peragaan pastinya kita sudah terbayang model yang mempunyai bentuk badan langsing dan rupa paras yang komersial.
 
Baik wanita mahupun lelaki, kriteria ini amat penting selain harus mempunyai paras tinggi yang mencukupi.
 
Begitulah senario yang dipaparkan media serta industri fesyen sama ada dalam dan luar negara.
 
Namun sejak kebelakangan ini, tradisi menggunakan model langsing seakan telah dipecahkan apabila ada yang berani menampilkan khidmat model bersaiz besar.
 
Menerusi kewujudan pelbagai koleksi pakaian yang memfokuskan individu bersaiz besar, khidmat golongan ini pastinya diperlukan.
 
Bagaimanapun, ini semua hanya tertumpu pada golongan wanita. Adakah dunia fesyen sudah bersedia untuk menggunakan model bersaiz besar daripada golongan lelaki?

BERAKSI DI MINGGU FESYEN NEW YORK

 
Arcadio Del Valle membuktikan tiada apa yang mustahil dalam dunia ini. Gelaran gemok juga tidak menghalang cita-citanya menyertai dunia peragaan.
 
Jika dulu dia malu dengan saiz badannya yang dilabel sebagai 5XL ini tetapi sekarang dia sudah boleh berbangga apabila beraksi pada Minggu Fesyen New York sebagai model ‘Plus Size’.
 
Jadi, persoalan khalayak pastinya bagaimanakah dia boleh diambil sebagai model?
 
Semuanya bermula apabila lelaki berusia 30 tahun seberat 183 kilogram ini memuat naik beberapa keping gambar dia bergaya.
 
Gambar berkenaan kemudian menjadi perbualan ramai sehingga mendapat perhatian jenama 'streetwear' Volare untuk mengambil lelaki ini sebagai model.
 
Kejayaan terbabit disifatkan sebagai pencapaian terbaiknya kerana mampu meyakinkan industri untuk menggunakan model bersaiz besar di pentas peragaan.

DIKRITIK GALAK GAYA HIDUP TIDAK SIHAT

Saiz badan tidak menghalang lelaki ini untuk bergaya.
Namun di sebalik kegembiraan itu, pastinya terselit kisah duka.
 
Bagi lelaki ini, saiz badannya bukanlah satu perkara yang boleh dibanggakan terutama ketika dia masih remaja.
 
“Hidup dikelilingi media ini mendesak saya untuk melihat sesuatu perkara mengikut acuan mereka. Hasilnya kehidupan saya tidak gembira terutama ketika berusia 20 tahun,” katanya.
 
Malah menurut lelaki ini, ada juga pihak mengatakan dia menggalakkan obesiti selepas kerap memuat naik gambar tidak berbaju.

Dia juga dikritik kerana menggalakkan cara hidup tidak sihat kepada pengikut Instagram.
 
Sehingga kini jumlah pengikut di Instagramnya mencecah 8,200.



Sumber Lelaki 5XL Ini Buktikan Berat Badan Bukan Penghalang!


Demikianlah Artikel Lelaki 5XL Ini Buktikan Berat Badan Bukan Penghalang!

Sekianlah artikel Lelaki 5XL Ini Buktikan Berat Badan Bukan Penghalang! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: