Suami keutamaan Niena

Suami keutamaan Niena - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Suami keutamaan Niena, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Suami keutamaan Niena
link : Suami keutamaan Niena

Baca juga


Suami keutamaan Niena

Selepas hubungan cinta yang terjalin sejak enam tahun lalu diikat dengan tali pernikahan dalam majlis di kampung halamannya Kota Bharu, Kelantan pada 1 Februari lalu, pelakon Niena Baharun, 25, kini fokus terhadap suami tercinta.

Majlis pernikahannya dengan ahli perniagaan, Aliff Firdaus Abdul Hadim berlangsung di Masjid Sultan Ismail Petra itu dihadiri keluarga dan kenalan terdekat saja.

Pasangan itu mengadakan majlis persandingan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Niena berkata, sebagai isteri, keutamaannya kini adalah tanggung jawab sebagai isteri dan bukannya dunia lakonan.

Namun, Niena yang mula dikenali menerusi drama bersiri Sayangku Kapten Mukhriz tidak bercadang untuk berhenti berlakon serta-merta.

“Saya dan suami ada berbincang mengenai kerjaya seni saya. Dia tidak menghalang, bagaimanapun sebagai isteri sudah tentu saya wajib memberi keutamaan terhadap rumah tangga dibina.

“Jika ada tawaran berlakon, saya akan meneliti watak dan jadual penggambaran supaya sesuai dengan status sebagai seorang isteri. Jika tempoh penggambarannya lama, kasihan pula dengan suami yang ditinggalkan,” katanya.

Bercerita mengenai percintaan mereka, Niena berkata, dia sudah lama mengenali Aliff ketika dia baru tiba di Kuala Lumpur untuk mengejar cita-citanya sebagai pelakon.

“Kami berkenalan selepas diperkenakan seorang rakan. Kami sebenarnya merancang bernikah tahun lalu, tetapi disebabkan kekangan kerja membuatkan rancangan ditunda ke bulan ini,” katanya.

MAJLIS persandingan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Tiada niat rahsia pernikahan

Niena juga menjelaskan dia tidak berniat langsung untuk merahsiakan majlis pernikahannya, sebaliknya kerana mahu mendahulukan perkara yang wajib dan masa sesuai membuatkan dia dan suami memutuskan tidak mahu lagi menangguh perkara baik.

“Disebabkan itu juga hanya keluarga dan sahabat terdekat saja yang datang di majlis itu. Hanya pada majlis resepsi Sabtu lalu kami menjemput semua pihak,” katanya

Bercerita mengenai perancangan berbulan madu, Niena berkata, buat masa ini mereka belum boleh ke mana-mana kerana terikat dengan urusan kerja.

“Tambahan pula suami perlu memberikan tumpuan kepada perniagaan yang sudah disusun. Namun, kami memasang niat untuk menunaikan ibadah haji sambil berbulan madu. Kalau boleh dalam tahun ini juga,” katanya.

JUDIKA membuat persembahan.
Sudah berkahwin tak semestinya tak popular

Ditanya mengenai pandangan umum yang sering meletakkan artis sudah berkahwin akan hilang populariti, Niena tidak pernah melihat dari sudut itu.

Menurutnya, tujuan asal dia menjadi pelakon bukanlah mahu mengejar populariti, tetapi lebih kepada minat.

“Saya berlakon kerana minat, tetapi jika kita memberikan persembahan terbaik, peminat menggemarinya dan populariti akan datang sendiri.

“Soal tidak lagi popular dan kurang mendapat tawaran kerana status sebagai isteri adalah tidak benar. Saya bercakap daripada pemerhatian saya sendiri apabila sekarang ini ramai juga artis yang sudah berkahwin masih aktif berlakon.

“Tidak keterlaluan saya katakan ada antara pelakon wanita berstatus isteri ini menjadi bertambah popular selepas mendirikan rumah tangga. Tambahan pula rezeki setiap manusia sudah ditetapkan Allah. Apa yang penting apabila tawaran itu datang kita berikan lakonan yang bagus dan sebaik mungkin,” katanya.

NIENA dan Aliff pasang niat tunai haji sambil berbulan madu.
Mahu anak ramai

Niena dan suami belum merancang untuk memperoleh cahaya mata dalam masa terdekat kerana mahu menikmati hidup berdua sebagai suami isteri.

“Bagaimanapun, itu hanya perancangan, tetapi secara peribadi saya memang saya tidak sabar mahu menjadi ibu. Lagi cepat lagi bagus.

“Namun, saya serahkan kepada rezeki Allah. Saya sendiri memang suka kanak-kanak dan jika ada rezeki saya mahu anak ramai. Meriah! Saya mengharapkan umum terutama peminat mendoakan yang baik-baik buat saya dan suami,” katanya.

Pada malam persandingan itu, Niena dan Aliff kelihatan cantik dan segak dalam persalinan tradisional rekaan Cosry.

“Memang saya sendiri memilih konsep perkahwinan secara tradisional dengan memilih songket sebagai persalinan pengganti. Begitu juga dengan hiasan pelamin dan dewan. Lagipun ia memang dekat dengan budaya tradisi kita,” katanya.



Sumber Suami keutamaan Niena


Demikianlah Artikel Suami keutamaan Niena

Sekianlah artikel Suami keutamaan Niena kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: