Judul : Pelajar tahfiz dituduh cium, raba rakan junior
link : Pelajar tahfiz dituduh cium, raba rakan junior
Pelajar tahfiz dituduh cium, raba rakan junior
Seorang pelajar tahfiz warga Myanmar didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Baru atas tuduhan mencabul remaja bawah umur. — Paparan skrin Google
KOTA BARU, 28 Feb — Seorang pelajar tahfiz didakwa di Mahkamah Sesyen di sini kerana mencabul remaja lelaki bawah umur.
Usman Shafie, 22, warga Myanmar, mengaku tidak bersalah atas tuduhan mencium bibir dan menyentuh kemaluan mangsa, 13 tahun, juga pelajar tahfiz.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah sekolah tahfiz di Tok Bali, Semerak, Pasir Puteh, jam 11 malam pada 24 Januari lalu, lapor Berita Harian.
Pendakwaan dibuat bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017, membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.
Tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh yang tidak diwakili peguam. Kes disebut semula 28 Mac ini.
Sumber Pelajar tahfiz dituduh cium, raba rakan junior