Sampel kopi masih diuji, lima terpaksa dirawat di hospital

Sampel kopi masih diuji, lima terpaksa dirawat di hospital - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Sampel kopi masih diuji, lima terpaksa dirawat di hospital, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sampel kopi masih diuji, lima terpaksa dirawat di hospital
link : Sampel kopi masih diuji, lima terpaksa dirawat di hospital

Baca juga


Sampel kopi masih diuji, lima terpaksa dirawat di hospital

Lima individu mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas meminum sejenis kopi sejak Ahad hingga semalam. — Foto AFPLima individu mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas meminum sejenis kopi sejak Ahad hingga semalam. — Foto AFPGEORGE TOWN, 31 Jan — Lima individu termasuk dua wanita telah mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas mengalami gejala letih dan lemah yang teruk dipercayai selepas meminum sejenis kopi sejak Ahad hingga semalam.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang Dr. Wan Mansor Hamzah berkata semua mereka berusia 19 hingga 62 tahun itu ditahan di wad untuk pemerhatian dan beberapa ujian, namun tiga daripada mereka dibenarkan keluar dari wad selepas keadaan mereka bertambah baik.

Ketika ini hanya dua pesakit iaitu dua lelaki berusia 19 dan 45 tahun masih ditahan di wad di HPP untuk rawatan serta pemerhatian.

“Dua lelaki itu dilaporkan dalam keadaan stabil dan setakat ini juga tiada kematian serta kes baharu yang dilaporkan membabitkan mangsa yang mengalami gejala letih dan lemah selepas minum kopi tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata ujian ke atas semua pesakit dan sampel kopi berkenaan masih dijalankan serta pihaknya akan mengumumkan hasil ujian tersebut selepas mendapat keputusannya.

Semalam, Bernama melaporkan dua lelaki mengalami simptom letih dan lemah yang teruk sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di HPP dipercayai selepas minum sejenis kopi dan keadaan mereka dalam keadaan stabil.

Berikutan itu, pihak JKN Pulau Pinang menjalankan beberapa ujian termasuk ujian darah serta mendapatkan sampel kopi berkenaan mengenal pasti punca sebenar mangsa mengalami gejala berkenaan.

Sementara itu, ketua polis Pulau Pinang Datuk A Thaiveegan berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis berhubung kejadian itu daripada mangsa atau pihak hospital. — Bernama



Sumber Sampel kopi masih diuji, lima terpaksa dirawat di hospital


Demikianlah Artikel Sampel kopi masih diuji, lima terpaksa dirawat di hospital

Sekianlah artikel Sampel kopi masih diuji, lima terpaksa dirawat di hospital kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: