Judul : Sabah tolak tuntutan Filipina - Musa Aman
link : Sabah tolak tuntutan Filipina - Musa Aman
Sabah tolak tuntutan Filipina - Musa Aman
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah secara jelas dan tegas menolak sebarang tuntutan Filipina ke atas negeri ini, kata Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman hari ini."Saya telah tetapkan pendirian kami tentang perkara ini sebelumnya. Kini, izinkan saya menyatakan dengan jelas sekali lagi bahawa kami tidak mengiktiraf atau memperakukan sebarang tuntutan oleh Filipina atau mana-mana negara lain ke atas Sabah," katanya dalam kenyataan di sini.
Membalas kenyataan seorang anggota Jawatankuasa Perundingan Sabah baru-baru ini tentang cadangan untuk memasukkan Sabah ke dalam wilayah Filipina, Musa berkata Sabah kekal menjadi sebahagian daripada Malaysia dan telah memilih untuk menjadi serta akan terus menjadi sebahagian daripada negara berdaulat ini sejak negeri ini menjadi pihak kepada pembentukannya.
"Rakyat di Sabah memilih untuk berada dalam negeri ini kerana ia berada dalam Malaysia."Kami menikmati keamanan, kestabilan dan kemakmuran ekonomi dengan berada dalam Malaysia," katanya.
Anggota Jawatankuasa Perundingan Filipina Aquilino Pimentel Jr, yang dilantik untuk mengkaji semula Perlembagaan 1987 Filipina, berkata beliau akan mencadangkan kemasukan Sabah ke dalam Filipina sebagai sebahagian daripada langkah peralihan negara itu kepada sistem kerajaan persekutuan.
-- BERNAMA
Sumber Sabah tolak tuntutan Filipina - Musa Aman