Zahid: Polis sedia luar biasa, beri pengundi rasa selamat

Zahid: Polis sedia luar biasa, beri pengundi rasa selamat - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Zahid: Polis sedia luar biasa, beri pengundi rasa selamat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zahid: Polis sedia luar biasa, beri pengundi rasa selamat
link : Zahid: Polis sedia luar biasa, beri pengundi rasa selamat

Baca juga


Zahid: Polis sedia luar biasa, beri pengundi rasa selamat

Datuk Seri Ahamd Zahid Hamidi berkata segala gerak kerja PDRM telah disusun atur mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Bukit Aman. — Foto Yusof Mat IsaDatuk Seri Ahamd Zahid Hamidi berkata segala gerak kerja PDRM telah disusun atur mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Bukit Aman. — Foto Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 2 Mac — Tahap siap siaga anggota dan pegawai polis di seluruh negara berada pada 99.9 peratus bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata siap siaga Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada PRU kali ini adalah lebih luar biasa berbanding PRU terdahulu.

Beliau berkata PDRM juga telah melakukan kerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan seluruh proses pilihan raya berjalan lancar.

“Saya sendiri turun ke semua Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) supaya demokrasi diterjemah sepenuhnya untuk semua calon politik daripada semua parti politik dalam menggunakan hak mereka sebagai calon sepanjang PRU14 dijalankan.

“Dalam hal ini, kita ada kesiapsagaan luar biasa berbanding PRU sebelum ini kerana kita mahu tentukan bahawa pengundi-pengundi kita berasa selamat,” kata pada sidang akhbar selepas mengadakan mesyuarat bersama pengurusan tertinggi PDRM di IPK Kuala Lumpur, di sini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kemuncak latihan bagi menghadapi PRU14 akan dilaksanakan esok yang melibatkan semua anggota dan pegawai polis di seluruh negara bagi memastikan siap siaga berada pada tahap 100 peratus.

“Oleh yang demikian, semua cuti anggota dan pegawai polis telah dibekukan sejak beberapa minggu yang lalu sehingga PRU14 selesai.

“Siap siaga anggota dan pegawai polis diambil kira daripada sebelum pembubaran dan tarikh pilihan raya sehingga ke penamaan calon dan waktu mengundi,” katanya.

Ahmad Zahid berkata segala gerak kerja PDRM telah disusun atur mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Bukit Aman.

Beliau berkata ia termasuk memastikan kelancaran proses pengundian sepanjang PRU14 di seluruh negara termasuk aliran lalu lintas.

Turut hadir adalah Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim. — Bernama



Sumber Zahid: Polis sedia luar biasa, beri pengundi rasa selamat


Demikianlah Artikel Zahid: Polis sedia luar biasa, beri pengundi rasa selamat

Sekianlah artikel Zahid: Polis sedia luar biasa, beri pengundi rasa selamat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: