Judul : 'Aiman dah selamat dikebumikan' - Mulutnya terkunci, terus pandang makhluk yang berada di depannya
link : 'Aiman dah selamat dikebumikan' - Mulutnya terkunci, terus pandang makhluk yang berada di depannya
'Aiman dah selamat dikebumikan' - Mulutnya terkunci, terus pandang makhluk yang berada di depannya
Hi admin The Reporter. Aku ada cerita yang mungkin tak berapa nak seram. Tetapi sebelum admin edit, pandai-pandailah edit ye sebab aku tak reti susun ayat. BM aku dapat kredit je waktu SPM. Seperkara lagi, belalah seekor kucing di rumah untuk mengelak gangguan. Tak perlu kucing yangm ahal, kucing terbiar pun boleh. Kucing mahal ni tahi dia sendiri pun dia takut.
Aku ni min, bukan jenis penakut. Hantu-hantu apa semua memang aku tak percaya langsung. Hanya benda yang nyata dan jelas dilihat aku percaya. Soal agama juga aku tak berapa 'kudus'.
Aku kerja kilang di selatan tanah air. Syif tidak menentu, kadang pagi, petang dan malam. Aku paling suka wakut malam sebab orang tak ramai sangat di kilang. Nak pergi kerja, aku jalan kaki saja sebab rumah sewa dekat dengan kilang. Lebih kurang tiga minit saja perjalanan. Tetapi jalannya agak sunyi. Aku suka, entah kenapa. Orang lain seram kot jalan sunyi ni.
Aku ada seorang buddy yang sama kerja dengan aku tetapi syif kami selalu tak sama. Namanya Aiman. Bila aku syif pagi, dia pula syif petang dan begitulah sebaliknya. Dia agak alim orangnya, tak seperti aku.
Nak dijadikan cerita, satu hari dia nak balik ke kampungnya di Kelantan sebab nak berkahwin. Dia jemput aku tetapi aku tak dapat datang sebab syif aku padat. Lagipun peruntukan cuti aku dah guna semua, memang tak dapat nak mohon cuti lagi. Alahai, memang merajuk juga buddy aku seorang ni.
Aku beli hadiah siap-siap untuk dia dan diberikan kepada dia sebelum dia pulang ke kampung. Dia menangis, mungkin terharu menerima hadiah dari aku. Bukannya mahal pun, cuma set cadar dan itu pun beli di kedai Pakistan.
Aku pesan pada dia, "Semoga selamat sampai ke kampung, selamat pengantin baru dan jangan lupa balik semula ke sini nanti. Maafkan aku kalau selama ini aku ada sakitkan hati kau, pinjam duit belum bayar lagi, skodeng makanan kau, sabun kau apa semua itu."
Dia kata dia halalkan semua dan memaafkan semua kecuali satu saja yang dia tak maafkan lagi iaitu dia masih merajuk aku pergi makan nasi kerabu dia tanpa kebenaran. Tetapi dia bergurau saja kot sebab selepas itu dia gelak sakan.
Seminggu kemudian, dia kembali bekerja seperti biasa. Dia bersalaman dan memeluk aku.
"Sejuknya tubuh kau ni, makan aircond ke apa?" usik aku dan dia hanya gelak-gelak saja.
Wajahnya jelas bahagia, boleh tahulah aura pengantin baru. Tetapi pelik juga aku, tak ada pun calling-calling dengan bini dia. Mesej pun tak ada aku nampak dia main telefon. Tak tahulah kalau waktu aku tak ada baru dia calling-calling isteri dia. Pernah juga aku minta dia bagi aku tengok gambar-gambar waktu dia kahwin. Tetapi dia kata telefon dia telefon biasa sahaja yang guna keypad tekan-tekan tu.
Semenjak dia balik, selera makan dia bukan main besar lagi. Hari-hari dia ajak aku keluar makan di luar kalau kebetulan syif kami sama. Aku kalau soal kena belanja makan ini memang on saja. Rezeki bro. Orang pandang pelik je, peliklah sebab orang kurus tetapi makan besar macam kenduri.
Balik bilik, makan lagi. Kalau tak maggi, burger. Hairan juga aku sebab buddy aku ni bukan jenis kuat makan tetapi aku biar saja, dia asyik tanya aku bila nak ganti nasi kerabu dia. Aku ingatkan dia dah halalkan dah. Hahaha!
Aku kata, nanti makcik tukang cuci itu ada jual, aku akan ganti. Dia cakap cepat-cepat sebab takut tak sempat. Tak sempat apa pula, aku tanya. Dia tak jawab.
Satu lagi aku pelik dengan buddy aku ni sejak dia balik dari kampung. Dia tidur tak berdengkur dah. Sebelum ini dia tidur berdengkur punyalah power sampai bilik indon di bawah kitorang pun dia boleh dengar. Sumpah kuat dengkuran dia. Hahaha!
Aku selalu baling bantal pada dia kalau dia berdengkur terlalu kuat. Kadang-kadang aku percik-percik air di muka dia. Tetapi dia tidur mati, payah betul nak kejutkan. Tetapi sekarang sunyi senyap saja. Rasa macam ada yang kurang, tidur pun semacam pakai selimut sampai tutup kepala dah macam pocong pun ada aku nampak.
Selalunya dialah yang paling bising komplen cuaca panas nak buat apa berselimut katanya. Satu hari ini selepas aku balik dari kerja syif petang, aku terjumpa seekor anak kucing bulu putih dekat pondok guard, Aku pun ambillah anak kucing itu dengan niat nak bela sebab nampak kasihan sangat.
Aku sampai bilik, buddy aku tak ada. Dia keluar kot sebab semalam dia kerja syif malam. Hari ini syif malam juga. Seorang diri la aku dengan si putih anak kucing itu. Aku letak si putih di bawah, biar dia sesuaikan diri dengan bilik bujang kitorang. Letak saja anak kucing saja di lantai, terus bulu dia mengembang semacam. Macam kucing yang tengah marah. Tetapi dia bukan marah kat aku. Dia tengok arah tempat buddy aku tidur.
"Apalah yang kau marahkan ni meow?" lalu aku angkat dia dan letak di tempat tidur buddy aku itu.
Belum sempat aku aku letak, dia dah cakar aku kaw-kaw sebelum lari keluar dari bilik. Dia duduk di luar bilik saja. Hairan aku. Bilik kitorang bau kot, mungkin sebab itu dia benci.
Bila dah senja baru buddy aku balik. Aku duduk di pintu bermain-main dengan si putih. Kucing ini bila nampak saja buddy, bulunya terus mengembang. Buddy aku tak jadi melangkah.
"Kenapa ada kucing?" soalnya.
"Aku ambil dari pondok guard," jawab aku.
Buddy aku macam tak suka dengan kucing itu. Aku kata tak apalah, si putih ini tak nak masuk bilik pun, dia duduk di luar saja. Tetapi buddy aku tak nak masuk bilik selagi si putih ini ada berdekatan. Jadi aku bawalah si putih pergi jauh sikit. Si putih masih kembangkan bulunya sambil merengus seperti kucing yang mahu bergaduh dengan anak matanya membesar sewaktu memandang buddy aku itu. Aku anggap itu perkara biasa sahaja. Agaknya si putih ini tahu kalau orang tak suka dengan dia.
Bila dah malam sikit, aku pun masuk ke bilik dan si putih aku terpaksa tinggalkan dalam kotak di luar pintu sebab dia memang tak nak masuk. Buddy aku dah terbaring tidur waktu aku masuk. Tak jadi nak ajak bersembang. Tak apalah, agaknya dia kepenatan. Tetapi malam ini kan dia kerja, aku cuba-cubalah tanya dia.
"Kau tak kerja ke malam ni? Kejap lagi syif kau ni," aku kata.
"Aku tak sihat," jawabnya.
"Jomlah aku bawa pergi klinik kalau kau tak sihat," aku pelawa.
Aku sihat kalau nasi kerabu aku dah ada," katanya.
Amboi?! Asyik mengungkit pasal nasi kerabu pula. Aku serba salah, jadi aku diam saja. Harap-harap makcik jual nasi itu ada jual esok.
Keesokkan harinya, aku kerja syif pagi, makcik itu ada dan banyak nasi kerabu yang dia jual. Aku beli sampai lima bungkus. Dia tanya boleh ke habis makan seorang?
"Ini untuk kawan saya makcik, si Aiman," kata aku.
Wajahnya berubah. Aku malas nak berborak lama dan aku terus blah.
Habis syif aku, aku balik ke bilik dan tengok si putih dah tak ada. Merayau agaknya. Masuk bilik, buddy pun tak ada. Kata tak sihat tetapi tak ada dalam bilik? Aku rasa penat, aku mandi, makan sebungkus nasi kerabu kemudian tidur. Dekat jam empat pagi aku terjaga bila aku rasa tubuh aku dilangkah. Aku nampak buddy aku tengah lahap memakan nasi kerabu. Aku biarkan saja dan tak tegur. Nanti bila dia dah siap makan baru aku tegur.
Telefon aku berbunyi, aku tengok siapa yang call. Nombor buddy aku tetapi buddy aku ini ada di depan dan membelakangi aku. Dia sedang khusyuk makan. Aku jawab panggilan itu.
"Hello, ini ****** (ibu buddy aku). Nak beritahu Aiman dah selamat dikebumikan pada sekian-sekian. Maaf lambat beritahu, kami baru dapat phone dia dan dia terlibat dalam kemalangan sewaktu nak pulang ke kampung tempoh hari," katanya.
Aku telan air liur sambil memandang buddy aku atau sesiapa pun dia. Tak ada air liur nak ditelan. Aku cuba buat-buat biasa. Aku panggil buddy aku, dia tak menoleh tetapi dia cakap,
"Terima kasih sebab belikan aku nasi kerabu. Sekarang aku boleh balik," katanya.
Mulut aku terkunci. Aku pandang saja dia keluar dari bilik. Suasana pada waktu itu sejuk semacam. Angin tiba-tiba bertiup kencang, hujan gerimis dalam seminit dua selepas itu berhenti. Aku terkebil-kebil, apa sebenarnya yang berlaku? Buddy aku dah tak ada? Jadi yang keluar dengan aku, makan-makan, lepak-lepak, tidur sebilik dengan aku itu siapa?
Patutlah makcik nasi kerabu itu berubah wajah sewaktu aku kata nama buddy aku tu. Dia dah tahu sebab dia sekampung dengan buddy aku. Kenapa dia tak beritahu aku awal-awal? Patutlah si putih mengembang semacam saja kerana dia tahu buddy aku bukan manusia. Kenapalah aku tak perasan.
Aku demam hampir seminggu selepas itu. Aku berhenti kerja dan masih berubat sehingga kini kerana masih dihantui oleh bayangan buddy aku itu. Aku tahu kalau ada sesuatu di sekitar aku sebab si putih. Kalau dia kembangkan bulu dia itu petanda memang ada 'sesuatu'.
Kejadian ini berlaku pada dua tahun lepas tetapi aku masih tak dapat move on. Waktu aku taip kisah ini pun si putih asyik menderam saja memandang ke satu sudut.
"Kau ke tu buddy? Maafkan aku tak dapat datang semasa kau dikebumikan. Aku tak tahu pun kau dah pergi seminggu sebelum aku dimaklumkan.
Pengajarannya di sini, kalau pinjam barang orang, hutang dengan orang, tolong pulangkan dan bayar semula wang mereka agar jangan jadi seperti aku hanya kerana nasi kerabu buddy aku menghantui aku sehingga aku memberinya nasi kerabu, baru dia beredar. Al-Fatihah buat sahabatku, Aiman.
Sumber: Patricia
Anda pernah mengalami pengalaman/peristiwa seram? Hantarkan kisah seram anda kepada kami di thereportermyofficial@gmail.com
Sumber 'Aiman dah selamat dikebumikan' - Mulutnya terkunci, terus pandang makhluk yang berada di depannya
Demikianlah Artikel 'Aiman dah selamat dikebumikan' - Mulutnya terkunci, terus pandang makhluk yang berada di depannya
Sekianlah artikel 'Aiman dah selamat dikebumikan' - Mulutnya terkunci, terus pandang makhluk yang berada di depannya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.