Musa Aman cemerlang, tiada alasan tukar KM Sabah

Musa Aman cemerlang, tiada alasan tukar KM Sabah - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Musa Aman cemerlang, tiada alasan tukar KM Sabah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Musa Aman cemerlang, tiada alasan tukar KM Sabah
link : Musa Aman cemerlang, tiada alasan tukar KM Sabah

Baca juga


Musa Aman cemerlang, tiada alasan tukar KM Sabah

Rakyat Sabah tidak mempunyai alasan untuk menukar ketua menteri kerana prestasi cemerlang Tan Sri Musa Aman. — Foto Malay MailRakyat Sabah tidak mempunyai alasan untuk menukar ketua menteri kerana prestasi cemerlang Tan Sri Musa Aman. — Foto Malay MailKENINGAU, 28 Mac — Rakyat Sabah, khususnya di kawasan pedalaman, dinasihati menimbang sebaik-baiknya sebelum bertindak menukar ketua menteri kerana Tan Sri Musa Aman menjalankan tanggungjawabnya dengan cemerlang.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Sairin Karno berkata berdasarkan prestasi Musa yang membawa pembangunan pesat di negeri itu, rakyat Sabah tidak mempunyai alasan untuk menukar ketua menteri.

“Jangan salah memilih kerana kesalahan membuat keputusan akan mengakibatkan masa depan anak-anak tergadai.

“Jangan pertaruhkan masa depan anak-anak untuk kepentingan peribadi,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Akhbar Tutor Utusan Malaysia ke Sekolah di Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Liawan, di sini hari ini.

Sehubungan itu beliau berharap rakyat Sabah akan terus memberikan sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) Sabah yang diterajui Musa.

Sairin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Liawan, berkata rakyat di Sabah juga harus memberi peluang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk terus mengemudi negara yang kini semakin maju di bawah pentadbirannya.

Katanya Najib merupakan seorang perdana menteri yang sangat berani selepas memberi jaminan akan mengembalikan hak rakyat di Sabah yang tidak tertunai seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963.

“Beliau (Najib) benar-benar ikhlas kepada rakyat di Sabah dan kerana itu, kita (rakyat di Sabah) perlu membalas budi dengan memilih BN pada pilihan raya umum akan datang sebagai bukti sokongan kepada beliau untuk terus memimpin negara ini,” katanya. — Bernama



Sumber Musa Aman cemerlang, tiada alasan tukar KM Sabah


Demikianlah Artikel Musa Aman cemerlang, tiada alasan tukar KM Sabah

Sekianlah artikel Musa Aman cemerlang, tiada alasan tukar KM Sabah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: