Judul : Farah Patuh Syarat Baju Tak Boleh Ketat, Tudung Tak Boleh Singkat
link : Farah Patuh Syarat Baju Tak Boleh Ketat, Tudung Tak Boleh Singkat
Farah Patuh Syarat Baju Tak Boleh Ketat, Tudung Tak Boleh Singkat
Kembali memeriahkan industri hiburan tanah air selepas enam tahun menyepi, Farah Asyikin, 38, mengakui agak kekok kerana kali terakhir dia membuat persembahan di atas pentas besar pada 2012.Namun atas sokongan serta restu daripada suami, Raja Iskadar Raja Mukhtaruddin, dia bersemangat untuk aktif semula dalam bidang nyanyian. Bagaimanapun dia harus mematuhi syarat yang dikenakan suaminya itu.
"Saya kembali semula dalam industri muzik ini atas dorongan suami dan keluarga.
"Suami paling banyak menjadi pendorong dan memberikan restu untuk saya kembali aktif dalam bidang nyanyian.
"Dia juga berpesan supaya sentiasa menjaga dan mengekalkan penampilan seperti sekarang. Katanya baju tak boleh ketat dan tudung kena labuh. Jangan pula makin lama tudung makin singkat,” katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.
Dia bakal terlibat dalam pertandingan menerusi program Gema Gegar Vaganza musim kedua (GGV2) yang bakal memulakan siarannya pada 31 Mac ini di Astro Oasis.
Farah yang pernah popular menerusi lagu Kembali Lagi Disisimu mendirikan rumah tangga dengan Raja Iskandar pada Januari tahun ini dan itu adalah perkahwinan ketiganya.
Sumber Farah Patuh Syarat Baju Tak Boleh Ketat, Tudung Tak Boleh Singkat