Menteri: Akta berita palsu bukan sekat isu 1MDB

Menteri: Akta berita palsu bukan sekat isu 1MDB - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Menteri: Akta berita palsu bukan sekat isu 1MDB, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Menteri: Akta berita palsu bukan sekat isu 1MDB
link : Menteri: Akta berita palsu bukan sekat isu 1MDB

Baca juga


Menteri: Akta berita palsu bukan sekat isu 1MDB

Tuduhan kononnya cadangan undang-undang antiberita tidak benar bertujuan menyekat perbahasan mengenai 1MDB adalah tidak betul. — Foto oleh Yusof Mat IsaTuduhan kononnya cadangan undang-undang antiberita tidak benar bertujuan menyekat perbahasan mengenai 1MDB adalah tidak betul. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 28 Mac — Tuduhan sesetengah pihak kononnya cadangan undang-undang baharu antiberita tidak benar bertujuan menyekat perbahasan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah tidak betul, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Salleh berkata tiada apa yang boleh menyekat sesiapa pun daripada berbahas atau bercakap mengenai 1MDB.

“Isunya ialah apabila seseorang mula menyebarkan ‘berita’ dan ‘fakta’ yang tidak benar. Sebagai contoh kita sering mendengar ‘berita’ RM42 bilion wang 1MDB hilang begitu sahaja sedangkan perkara itu telah dijelaskan secara rasmi dan dibuktikan tidak benar,” katanya dalam catatan terbaru blog beliau https://ift.tt/1Othos9 hari ini.

Beliau berkata isu yang lebih besar ialah untuk menangani penyebaran tidak bertanggungjawab berita dan fakta tidak benar yang “mengaitkan banyak situasi dalam kehidupan kita.”

“Bila pembohongan diulang terlalu kerap, orang ramai boleh mempercayainya  sebagai betul. Inilah penyakit berita tidak benar yang memberi kesan kepada dunia, bukan sahaja Malaysia,” katanya.

Salleh menjelaskan bahawa kebenaran itu bukan subjektif dan harus tepat serta disokong dengan bukti yang telah disahkan benar.

“Jika tidak, ia hanya akan merupakan dakwaan dan tuduhan semata-mata tanpa dibuktikan. Setiap orang harus faham konsep ini supaya mereka tidak mudah dikelirukan oleh berita tidak benar,” katanya.

Salleh berkata adalah menghairankan ada rakyat Malaysia yang begitu jahil tentang asas undang-undang yang menetapkan beban bukti terletak kepada orang yang membuat dakwaan atau tuduhan dan defendan adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

“Jika anda membuat sesuatu dakwaan, anda perlu membuktikan ia benar, anda perlu tunjukkan bukti itu yang perlu disahkan kebenaran dan kesahihannya,” katanya. — Bernama



Sumber Menteri: Akta berita palsu bukan sekat isu 1MDB


Demikianlah Artikel Menteri: Akta berita palsu bukan sekat isu 1MDB

Sekianlah artikel Menteri: Akta berita palsu bukan sekat isu 1MDB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: