Judul : Kanak-kanak tertelan cincin berlian ibunya
link : Kanak-kanak tertelan cincin berlian ibunya
Kanak-kanak tertelan cincin berlian ibunya
Seorang wanita yang memberi anak perempuannya bermain cincin berlian miliknya itu mengundang padah apabila kanak-kanak terbabit tertelan objek berkenaan, lapor Shanghaiist.
Dalam kejadian di Zhuhai, China, si ibu memberi anaknya bermain dengan cincin tersebut dan mengambil keputusan untuk tidur seketika.
Bagaimanapun dia terjaga selepas mendapati anak perempuannya itu tercekik dan menunjuk ke arah lehernya sambil berkata, 'cincin'.
Panik dengan keadaan itu, wanita itu terus membawa anaknya ke hospital dan menjalani imbasan x-ray sebelum doktor mendapati ada sebentuk cincin yang tersangkut di esofagus.
Bimbang cincin tersebut boleh menyebabkan kecederaan yang serius jika ia semakin masuk ke bahagian dalam sistem pencernaan kanak-kanak itu, pakar bedah segera melakukan pembedahan terhadapnya.
Pembedahan yang mengambil masa 30 minit itu berjaya mengeluarkan cincin tersebut dan kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius.
Doktor memberi peringatan kepada golongan ibu bapa agar berhati-hati dengan apa yang diberikan kepada anak-anak kecil mereka kerana bimbang mereka menelan atau memasukkan objek tersebut ke dalam mulut.
Sebelum ini juga pernah berlaku kes-kes seumpama itu di mana kanak-kanak tertelan duit syilling, pin rambut, butang dan guli.
Sumber Kanak-kanak tertelan cincin berlian ibunya
Demikianlah Artikel Kanak-kanak tertelan cincin berlian ibunya
Sekianlah artikel Kanak-kanak tertelan cincin berlian ibunya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.