Judul : India mahu Zakir Naik dibawa pulang
link : India mahu Zakir Naik dibawa pulang
India mahu Zakir Naik dibawa pulang
KUALA LUMPUR, 31 Mac — Kerajaan India membuat permohonan rasmi untuk membawa pulang pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik.
Sumber berkata, ia dibuat setelah Agensi Penyiasatan Kebangsaan (NIA) India selesai mengumpul segala bukti, lapor Times of India.
“Kementerian hal ehwal luar telah menghantar permohonan kepada pihak berkuasa Malaysia untuk mengekstradisi Zakir Naik selepas NIA menyelesaikan semua formaliti termasuk pengumpulan bukti dan memfailkan kertas tuduhan,” menurut laporan itu yang memetik sumber.
November tahun lalu, timbalan perdana menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan Zakir akan dihantar pulang jika kerajaan India membuat permohonan.
Kerajaan India mendakwa pendakwah itu, pemegang taraf penduduk tetap (PR) Malaysia, menghina kepercayaan agama Hindu, Kristian dan mazhab Islam lain.
Ucapannya juga didakwa mempengaruhi orang untuk menyokong kumpulan pengganas IS.
Baca seterusnya di Malay Mail
Sumber India mahu Zakir Naik dibawa pulang