Judul : Mobile Legends: Tony Fernandes sah pemilik majoriti Team Saiyan
link : Mobile Legends: Tony Fernandes sah pemilik majoriti Team Saiyan
Mobile Legends: Tony Fernandes sah pemilik majoriti Team Saiyan
KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia Bhd dan CEO Bersama Kumpulan AirAsia X, Tan Sri Tony Fernandes kini menjadi pemilik majoriti pasukan Mobile Legends Malaysia, Team Saiyan.“Saya memulakan AirAsia sejak dahulu lagi. AirAsia pernah menaja pasukan bola sepak dan kini baru sahaja menjadi pemilik untuk pasukan e-sukan mudah alih yang dikenali sebagai Team Saiyan.
"Kami sangat teruja untuk dengan e-sukan ini,” kata Tony dalam satu video yang dimuat naik di Facebook Team Saiyan.
Tony turut memuat naik satu tweet di Twitter peribadinya mengenai penglibatan syarikat penerbangan tambang rendah tersebut dalam industri e-sukan.
Tegasnya, AirAsia akan mula melabur dalam e-sukan bagi generasi digital, bersama salah sebuah pasukan terbaik di Asia Tenggara iaitu Team Saiyan. Berikutan pengumuman penglibatan AirAsia itu, pasukan Team Saiyan akan dijenamakan semula sebagai AirAsia Saiyan.Team Saiyan boleh dilihat sebagai pasukan Mobile Legends terbaik di negara ini dan pernah dirangkul juara Kejohanan Mobile Legends Piala Asia Tenggara (MSC) peringkat Malaysia tahun lalu.
Mereka kini sedang bersaing bagi merebut kejuaraan Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia dan Singapura 2018 dengan saringan peringkat kalah mati akan berlangsung 13 dan 14 April nanti.
BACA: Mobile Legends: Team Saiyan capai sasaran, ungguli tempat teratas MPL 2018
Sebelum ini, AirAsia pernah menaja pasukan profesional Dota 2 Asia Tenggara Mineski Pro Team sebagai langkah sulung penglibatan syarikat itu dalam industri e-sukan.
Industri e-sukan kini makin mendapat tempat dalam kalangan warga Malaysia dengan mencatat 14 juta pemain di seluruh negara dalam tahun 2017.
Sumber Mobile Legends: Tony Fernandes sah pemilik majoriti Team Saiyan