Judul : Lelaki cedera, halau gajah masuk sekolah
link : Lelaki cedera, halau gajah masuk sekolah
Lelaki cedera, halau gajah masuk sekolah
KUALA LUMPUR, 2 Mac — Seorang staf Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah cedera selepas terjatuh gaung ketika menghalau gajah berkeliaran dekat Telupid.
Kakitangan 30-an itu dikejar haiwan itu, yang berkeliaran di kawasan balai polis dan SMK Telupid, agar pulang kawasan hutan berdekatan, semalam.
Namun pengarah negeri JHL Augustine Tuuga memberitahu individu berkenaan dilaporkan stabil selepas diberikan lawatan lanjut, lapor Harian Metro.
“Dia dilaporkan terjatuh ke gaung ketika menyelamatkan diri apabila dikejar gajah. Mangsa kini sedang dirawat,” katanya.
Menurutnya, lebih 20 ekor gajah “berkonflik dengan manusia” sejak tahun lalu di situ, tetapi semuanya berjaya ditempatkan di Hutan Simpan Deramakot.
Katanya, pihaknya juga menghantar ramai anggotanya ke Telupid bagi mengatasi konflik itu, namun ia bertahan sebulan sebelum haiwan itu kembali.
“Hanya dalam tempoh sebulan kumpulan gajah terbabit kembali semula ke Telupid sejak 18 Disember lalu,” katanya.
Mereka juga memohon pertolongan belia, penduduk kampung, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO),
“Namun setakat ini belum mampu menghalau semula semua gajah terbabit ke hutan,” katanya.
Dilaporkan kumpulan gajah itu memasuki dewan makan sekolah itu jam 1.45 pagi semalam dan kawasan balai polis Telupid dan merosakkan pagar premis itu.
Sumber Lelaki cedera, halau gajah masuk sekolah