Judul : Aiman Tino Kena Tampar Gara-gara Sukar Jiwai Babak Emosi
link : Aiman Tino Kena Tampar Gara-gara Sukar Jiwai Babak Emosi
Aiman Tino Kena Tampar Gara-gara Sukar Jiwai Babak Emosi
Gara-gara sukar menjiwai babak emosi ketika membintangi drama bersiri, Mak Cun, penyanyi Aimon Tino telah ditampar oleh pelakon senior, Fazlina Ahmad Daud.Namun, Aiman mengaku dia tidak marah dengan tindakan adik kepada pelakon dan pengarah, Fauziah Ahmad Daud kerana faham, ia dilakukan supaya dia lebih menjiwai karakternya yang menghidupkan watak sebagai Kumin.
"Saya tiada masalah berlakon, cuma sukar apabila perlu melakonkan babak marah dan sedih serentak. Saya ada bertanya kepada pengarahnya, Erma Fatima, bagaimana mahu menjiwai babak itu.
"Kebetulan Fazlina yang saya panggil Kak Baby ada bersama dan dia membawa saya ke satu sudut. Dia meminta saya mengenang semula perkara sedih dalam hidup. Tiba-tiba, dia menampar saya.
"Tindakannya itu membuatkan saya terkejut. Namun, sebaik selesai penggambaran babak itu, dia terus memeluk saya dan memohon maaf.
"Saya faham dan tidak marah kerana dia hanya membantu saya menghayati watak," kata Aiman seperti yang dilapor BH online.
Tambah remaja yang meraih populariti menerusi lagu Ku Rela Dibenci ini, dia berasa bertuah diberi peluang dan kepercayaan oleh pengarah Erma Fatima untuk mencuba bakat sebagai pelakon.
Sumber Aiman Tino Kena Tampar Gara-gara Sukar Jiwai Babak Emosi