Mi kicap Mat Jasak, warisan Ipoh sejak 1972

Mi kicap Mat Jasak, warisan Ipoh sejak 1972 - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Mi kicap Mat Jasak, warisan Ipoh sejak 1972, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mi kicap Mat Jasak, warisan Ipoh sejak 1972
link : Mi kicap Mat Jasak, warisan Ipoh sejak 1972

Baca juga


Mi kicap Mat Jasak, warisan Ipoh sejak 1972

Mi kicap hasil tangan peniaga Melayu popular di Ipoh sejak 1972 lagi. — Foto ihsan Facebook/Sayuti Wan ChikMi kicap hasil tangan peniaga Melayu popular di Ipoh sejak 1972 lagi. — Foto ihsan Facebook/Sayuti Wan ChikKUALA LUMPUR, 26 Mac — Mi kicap memang popular di Ipoh, ada banyak kedai atau restoran yang menjualnya di sana.

Namun untuk merasai kenikmatan makanan asal masyarakat Cina tetapi halal dan sedap, anda wajib singgah ke Mee Daud Mat Jasak.

Kedai milik arwah Daud Mat Jasak ini telah beroperasi sejak 1972 lagi, di lokasi sama dan sering menjadi tumpuan ramai.

Selepas pengasasnya meninggal pada Disember 2011, perniagaan kini diambil alih cucunya Mohamed Ashraf Mohamed Raffek.

Ashraf, 27, berkata datuknya berasal dari Lambor dan berhijrah ke Ipoh dengan basikal selepas bersara sebagai polis hutan.

Warung mi Mat Jasak juga menjual kuetiau kicap (foto), mi kari, kuetiau kerang dan yong tau fu. — Foto ihsan Facebook/Fatin IryanniWarung mi Mat Jasak juga menjual kuetiau kicap (foto), mi kari, kuetiau kerang dan yong tau fu. — Foto ihsan Facebook/Fatin Iryanni“Dia ada seorang kawan karib, lelaki Cina,” ceritanya kepada ProjekMMO.

“Daripada kawan baiknya itulah dia belajar buat mi kicap, yang akhirnya diolah dengan resepi sendiri supaya sesuai dimakan untuk semua.

“Apabila telah menguasai pembuatan mi kicap, dia ambil keputusan buka gerai kecil, entah macam mana ramai suka mi kicap yang dia buat, rezeki.”

Satu set mi kicap resipi turun-temurun mereka berharga RM4.50. Dalam mi ini, ada rempah kicap tersendiri, tauge dan sup.

Sup itu pula mengandungi bebola ikan dan kek ikan. Setiap tambahan bebola ikan atau kek ikan hanya dikenakan bayaran RM1.

Pelanggan sering memenuhi warung Mat Jasak, termasuk pada hari bekerja — Foto ihsan Facebook/ Pai Zal Zainal NoorPelanggan sering memenuhi warung Mat Jasak, termasuk pada hari bekerja — Foto ihsan Facebook/ Pai Zal Zainal NoorAnda boleh memilih antara mi kuning, kuetiau atau bihun. Pelanggan boleh  memasukkan cili, telur rebus, telur puyuh, isi ketam dan tauhu, jika mahu.

Buat yang tidak mahu mencuba mi kicap, terdapat juga hidangan lain seperti mi kari, mi sup, kuetiau kerang dan yong tau fu.

Mee Daud Mat Jasak menghabiskan kira-kira 10 ke 15 kilogram mi pada hari biasa, manakala 20 hingga 25 kilogram di hari minggu.

Warung ini dibuka dua sesi setiap hari, dari 8 pagi hingga 12 tengah hari dan 4.30 petang hingga 10.30 malam kecuali cuti tertentu.

Alamatnya: No 1 & 2, Jalan Dato Onn Jaafar, Kampung Jawa, Ipoh.

Tidak ada Facebook atau Instagram, cari Mee Daud Mat Jasak di aplikasi peta Waze dan Google anda atau hubungi 019 441 0096 jika ada pertanyaan. 



Sumber Mi kicap Mat Jasak, warisan Ipoh sejak 1972


Demikianlah Artikel Mi kicap Mat Jasak, warisan Ipoh sejak 1972

Sekianlah artikel Mi kicap Mat Jasak, warisan Ipoh sejak 1972 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: