Judul : Mufti Wilayah Persekutuan kongsi keistimewaan nama Aafiyah
link : Mufti Wilayah Persekutuan kongsi keistimewaan nama Aafiyah
Mufti Wilayah Persekutuan kongsi keistimewaan nama Aafiyah
AHAD lalu, penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah menunaikan janji untuk berkongsi wajah dan nama puteri pertamanya itu.Memilih nama Siti Aafiyah, pasti ramai yang ingin mengetahui apakah maksud pada nama Aafiyah.
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi posting di akaun Facebook miliknya sempat berkongsi mengenai keistimewaan nama puteri sulung Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
"Pengertian ‘afiah dalam Islam luas cakupannya luas baik di dunia, mahupun di akhirat.
"Secara umumnya, ‘afiah adalah perlindungan Allah SWT bagi hamba-Nya daripada pelbagai penyakit dan bencana yang telah berlalu, mahupun akan datang, di dunia dan akhirat.
"Maka, orang yang mendapatkan kurnia ‘afiah, maka dia telah mendapat kebaikan yang sempurna," jelasnya.
Bukan itu sahaja, terdapat satu doa yang disarankan oleh Nabi SAW sebagaimana yang dinukilkan oleh al-Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Azkar (Riwayat Abu Daud, no. 5074).
Bahkan doa itu juga menjadi amalan Rasulullah SAW pada waktu pagi dan petang.
Dalam pada itu, Mufti Wilayah Persekutuan itu turut memuji majlis Maulid Nabi, Aqiqah dan Tahnik yang dianjurkan Datuk K dan Siti, yang dianggap sungguh sempurna pada pandangan matanya.
"Majlis yang diadakan semalam (Ahad), sungguh sempurna pada pandangan saya. Ianya diisi dengan selawat, lagu-lagu pujian kepada Allah dan Rasulullah SAW oleh Ustaz Iqbal Zain, Ustaz Kyrel Al-Gayauwi dan kumpulan qasidahnya.
"Pengisian sebeginilah yang sewajarnya dijadikan contoh dan ikutan dalam kalangan umat Islam bagi meraikan kelahiran anak.
"Tahniah sekali lagi kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.
"Moga-moga Siti Aafiyah membesar menjadi Muslimah yang solehah. Berbakti kepada ibu bapanya, keluarga, masyarakat, negara dan agama. Wallahua’lam," tulisnya yang turut menyampaikan tazkirah mengenai anak sebagai anugerah daripada Allah SWT bersama pesanan dan panduan pada ibu bapa dalam mendidik anak mengikut ajaran Islam, pada malam tersebut.
Sumber Mufti Wilayah Persekutuan kongsi keistimewaan nama Aafiyah