Judul : Piala Dunia 2018: Pertama kali dalam sejarah tiada pengadil dari Britain
link : Piala Dunia 2018: Pertama kali dalam sejarah tiada pengadil dari Britain
Piala Dunia 2018: Pertama kali dalam sejarah tiada pengadil dari Britain
UNITED KINGDOM: Sejak tahun 1938, Kejohanan Piala Dunia 'mencipta' sejarah apabila tiada pengadil dari Britain dilantik dalam kejohanan itu yang akan bermula tidak lama lagi di Rusia.Sebanyak 99 pengadil dan pembantu pengadil telah dipilih oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ke Rusia tetapi tiada antara mereka yang terpilih berasal dari England, Scotland, Wales, dan Ireland Utara.
Walaupun Persatuan Bola Sepak (FA) England mencadangkan Mark Clattenburg, bekas pengadil di Liga Perdana Inggeris (EPL) yang kini Ketua Pengadil Arab Saudi tetapi cadangan itu ditolak Fifa.
Video Assistants Referee (VAR) juga bakal digunakan pertama kali dalam kejohanan itu dan semua pengadil yang dilantik FIFA akan menjalani kursus selama dua minggu bulan depan di Coverciano, untuk memahami kaedah penggunaannya.“Ini merupakan satu kekecewaan kerana kami sentiasa bangga dengan tahap kepengadilan kami dalam perlawanan bertaraf antarabangsa pada tempoh yang lama,” kata Pengurus Besar Professional Game Match Officials Limited (PGMOL), Mike Riley kepada Sky Sports.
Beliau turut menambah, selepas Mark Clattenburg berhijrah, pihaknya tidak berpeluang mencari pengganti dan melatih pelapis baharu untuk layak mengadili Piala Dunia.
Kritikan terhadap mutu kepengadilan EPL sering diperdebatkan malah Pengurus Arsenal, Arsene Wenger pernah melabel pengadil EPL “tidak cukup bekerja dan belajar.”
Sumber Piala Dunia 2018: Pertama kali dalam sejarah tiada pengadil dari Britain