PM yakin capai 50 peratus sasaran pelaburan RM200 bilion

PM yakin capai 50 peratus sasaran pelaburan RM200 bilion - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang PM yakin capai 50 peratus sasaran pelaburan RM200 bilion, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PM yakin capai 50 peratus sasaran pelaburan RM200 bilion
link : PM yakin capai 50 peratus sasaran pelaburan RM200 bilion

Baca juga


PM yakin capai 50 peratus sasaran pelaburan RM200 bilion

Najib berkata ekonomi Malaysia mengatasi semua jangkaan, sehinggakan Bank Dunia perlu menyemak semula​​​​​​​ unjuran peningkatan pertumbuhan ekonomi sebanyak tiga kali. ― Foto oleh Hari AnggaraNajib berkata ekonomi Malaysia mengatasi semua jangkaan, sehinggakan Bank Dunia perlu menyemak semula​​​​​​​ unjuran peningkatan pertumbuhan ekonomi sebanyak tiga kali. ― Foto oleh Hari AnggaraKUALA LUMPUR, 29 Mac — Malaysia berada di landasan untuk mencapai 50 peratus daripada sasaran pelaburan diluluskan RM200 bilion pada 2018, menjelang akhir bulan ini dengan pelaburan Saudi Aramco sebanyak RM28 bilion.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, ketika ini kira-kira 40 peratus atau RM80 bilion daripada pelaburan itu telah berada dalam perancangan, selain pelaburan Saudi Aramco RM28 bilion yang akan diperolehi menjelang akhir bulan ini.

“Ekonomi kita mengatasi semua jangkaan, sehinggakan Bank Dunia perlu menyemak semula unjurannya bagi peningkatan pertumbuhan (ekonomi) kita, bukan hanya sekali tetapi tiga kali.

“Tidak hairanlah selepas itu, komuniti perniagaan antarabangsa menunjukkan keyakinan mereka terhadap Malaysia, dengan pelaburan swasta bernilai RM197 bilion pada 2017 dan daripada jumlah itu RM54.7 bilion adalah pelaburan langsung asing,” katanya semasa menyampaikan ucaptama di Program Tahunan Peringkat Menteri InvestKL 2018 di sini, hari ini.

Beliau berkata, daripada jumlah itu juga,  projek usaha global yang diluluskan bernilai RM14 bilion, dengan sembilan daripada 225 projek merangkumi Hab Prinsipal. 

Najib berkata dengan Hab Prinsipal menggunakan perkhidmatan sokongan besar-besar bernilai RM2.3 bilion, ia akan memberi kesan pemangkin dan pengganda kepada ekonomi tempatan menerusi pewujudan pekerjaan di banyak sektor seperti hartanah, hospitaliti, pendidikan, perubatan dan pelancongan.

Syarikat multinasional (MNC) yang terlibat dalam pelbagai  sektor berkenaan adalah dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, Perancis, China dan Jepun.

“Tidak perlulah saya memaklumkan kepada anda bahawa inilah pelaburan langsung asing (FDI). Ia bukan bermakna menjual negara, seperti setengah-setengah orang yang berusia sembilan puluhan cuba beritahu anda.

“Kepelbagaian sifat FDI yang masuk ke Malaysia secara jelas menunjukkan daya tarikan ekosistem kita dan keupayaan rakyat Malaysia yang berbakat untuk berada di barisan hadapan Industri 4.0 dan pendigitalan,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif InvestKL Corp Sdn Bhd, Datuk Zainal Amanshah, mengumumkan bahawa pihaknya menarik penyertaan 73 MNC setakat akhir 2017, merekodkan pelaburan diluluskan dan komited RM11.07 bilion dan mewujudkan 10,971 pekerjaan berkemahiran tinggi serantau sejak penubuhannya pada 2011.

Sementara itu bagi 2017 sahaja, InvestKL berjaya menarik 12 MNC dengan pelaburan diluluskan dan komited RM2.22 bilion dan 1,689 pekerjaan diwujudkan. ― Bernama



Sumber PM yakin capai 50 peratus sasaran pelaburan RM200 bilion


Demikianlah Artikel PM yakin capai 50 peratus sasaran pelaburan RM200 bilion

Sekianlah artikel PM yakin capai 50 peratus sasaran pelaburan RM200 bilion kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: