MGT lahirkan 5,500 pemimpin Malaysia taraf global, kata PM

MGT lahirkan 5,500 pemimpin Malaysia taraf global, kata PM - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang MGT lahirkan 5,500 pemimpin Malaysia taraf global, kata PM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MGT lahirkan 5,500 pemimpin Malaysia taraf global, kata PM
link : MGT lahirkan 5,500 pemimpin Malaysia taraf global, kata PM

Baca juga


MGT lahirkan 5,500 pemimpin Malaysia taraf global, kata PM

Datuk Seri Najib Razak melawat pameran sempena ‘InvestKL Annual Ministerial Event’, 29 Mac 2018. — Foto BernamaDatuk Seri Najib Razak melawat pameran sempena ‘InvestKL Annual Ministerial Event’, 29 Mac 2018. — Foto BernamaKUALA LUMPUR, 29 Mac — Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan program Bakat Global Malaysia (MGT) yang bertujuan memupuk dan melahirkan 5,500 pemimpin Malaysia bertaraf global menjelang 2022.           

Perdana Menteri berkata, dalam fasa satu, program itu akan menggembleng 12 syarikat multinasional (MNC) terkemuka dan 10 universiti awam dengan matlamat untuk melahirkan pemimpin masa depan.

Menurut beliau, langkah itu akan disusuli dengan penglibatan lebih banyak MNC dan universiti lain.

“Melalui pelbagai inisiatif, termasuk pemindahan pengetahuan, pinjaman, penempatan latihan, pementoran dan syarahan awam oleh CEO MNC bertaraf global, MGT menggariskan matlamat untuk  mewujudkan peluang bagi bakat muda Malaysia memperoleh amalan terbaik dan kemahiran bertaraf global.

“Ini akan membantu memupuk dan memberi perangsang kepada peneraju ekonomi baharu yang sedang kami bina di Malaysia,” katanya dalam ucaptama pada acara tahunan InvestKL peringkat menteri 2018 di sini hari ini.

Turut hadir, menteri perdagangan antarabangsa dan industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, menteri pendidikan tinggi Datuk Seri Idris Jusoh dan pengerusi InvestKL Datuk Seri Micheal Yam.

Najib berkata program MGT juga akan memacu penubuhan Pusat Kecemerlangan bertaraf dunia sebagai suatu usaha sama antara industri dan golongan akademik.

“Saya amat yakin bahawa MGT, yang lahir daripada inisiatif lnvestKL dan diurus bersama dengan  Talentcorp serta disokong Kementerian Pendidikan Tinggi, akan menempa kejayaan besar dan menjadi inspirasi bagi pembentukan kerjasama lain yang serupa dengannya,” kata beliau.

Najib berkata memandangkan di Kuala Lumpur sahaja terdapat 45 institusi pengajian tinggi, maka MNC akan mempunyai akses kepada tenaga kerja berpendidikan tinggi.

“Kita mempunyai infrastruktur serba maju serta dekat dengan sejumlah pasaran memuncul dan maju,” katanya.

Beliau berkata Kuala Lumpur juga mudah dihubungi melalui pengangkutan awam yang semakin  bersepadu seperti  MRT, sambungan kepada laluan LRT sedia ada dan cadangan hubungan melalui kereta api berkelajuan tinggi antara Kuala Lumpur dan Singapura.

Sementara itu, Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) dalam kenyataannya berkata program MGT akan memberi fokus terhadap tiga kumpulan bakat iaitu Eksekutif Muda, Eksekutif Kanan dan Aprentis MGT.

Katanya, antara MNC yang mengambil bahagian ialah Schlumberger, Linde, Honeywell, IBM dan Cargill, manakala universiti pula ialah Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Heriot-Watt University. — Bernama



Sumber MGT lahirkan 5,500 pemimpin Malaysia taraf global, kata PM


Demikianlah Artikel MGT lahirkan 5,500 pemimpin Malaysia taraf global, kata PM

Sekianlah artikel MGT lahirkan 5,500 pemimpin Malaysia taraf global, kata PM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: