Judul : 'Nyamuk Gajah' elak penyebaran demam denggi
link : 'Nyamuk Gajah' elak penyebaran demam denggi
'Nyamuk Gajah' elak penyebaran demam denggi
GELUGOR: Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi kempen 'Kampus Bebas Denggi' kategori Universiti Awam (UA) menggerakkan pelajar dan kakitangannya untuk program gotong-royong untuk mencari dan memusnahkan habitat serta tempat yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.Bukan sahaja operasi pembersihan besar-besaran, tetapi penggunaan 'nyamuk gajah' menjadi alternatif paling berkesan sebagai langkah kawalan biologi di kampus berkonsepkan taman.
'Nyamuk gajah' merupakan spesis nyamuk yang tidak menghinggap, mengigit mahupun menghisap darah.
Ia merupakan nyamuk yang bersaiz lebih besar daripada nyamuk lain dan ia berfungsi sebagai pembunuh larva terutamanya dari jenis nyamuk Aedes.Langkah ini merupakan sebahagian daripada inisiatif USM yang disertai ahli Pusat Sejahtera USM dengan kerjasama unit vektor dan kesihatan dalam memerangi demam denggi dalam kampus.
* Laporan disediakan Hafiz Meah Ghouse Meah, AWANI Rangers Universiti Sains Malaysia.
** Awani Rangers ialah inisiatif Astro AWANI bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.
*** AwaniRangers USM ialah inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Sains Malaysia
Sumber 'Nyamuk Gajah' elak penyebaran demam denggi
Demikianlah Artikel 'Nyamuk Gajah' elak penyebaran demam denggi
Sekianlah artikel 'Nyamuk Gajah' elak penyebaran demam denggi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.