Judul : 'Jika mahu 'membibikkan isteri, eloklah ceraikan dari terus menyusahkan dia'
link : 'Jika mahu 'membibikkan isteri, eloklah ceraikan dari terus menyusahkan dia'
'Jika mahu 'membibikkan isteri, eloklah ceraikan dari terus menyusahkan dia'
“Formulanya mudah, jika mahu dihormati sebagai ketua, ketahuilah dulu apa yang patut dan apa yang sebaliknya. “
ISTERI PERMAISURI RUMAH, ISTERI BUKANNYA BIBIK
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai luahan seorang lelaki yang mendakwa isterinya derhaka kerana dikatakan tidak boleh berkhidmat untuk keluarga mertua dan asyik meminta wang darinya. Lebih malang lagi, setelah isterinya melahirkan anak, lelaki terbabit akan mengambil anak mereka dan membawa kes ini ke pejabat agama.
Marlia Ramli melalui entrinya menentang tindakan lelaki ini dan menyatakan bahawa wanita sering menjadi mangsa. Katanya, setiap lelaki perlu memahami tugas sebenar seorang isteri dan bukannya meletakkan isteri itu seperti seorang pembantu rumah atau 'bibik’.
Perkahwinan itu lengkap melengkapi bukan hanya untuk kepentingan diri. Jika seorang isteri tidak mampu lakukan kerja-kerja rumah, sebagai suami, perlu ada sikap bantu membantu bukannya mengherdik isteri. Isteri tidak boleh dipaksa untuk melayan mertuanya kerana itu bukan tugasnya, tetapi jika dia ikhlas berbuat demikian, itu adalah tanda ihsannya kepada mertua.
WANITA DIMANGSAKAN
APABILA bercakap soal wanita dimangsakan, ini akak setuju. Kalau kita berkahwin untuk memaksa isteri berkhidmat kepada keseluruhan keluarga kita, akak fikir lebih elok kita ambil bibik daripada Jawa. Buat apa mahu beristeri? Isteri begini menyusahkan bukan? Tak mahu memerah keringat untuk keluarga kita. Tapi... ambil bibik perlu dibayar, jika isteri dapat perkhidmatan percuma pula. Untungnya.
Sebagai kapten sebuah kapal, fahamkah kita apa tugas seorang isteri? Job scope nya apa? Termasuk mengurut ibu mertua dan menjaga anak-anak saudara ketika dia sendiri sedang mengendong zuriat kita?
Dan bila bercakap soal nafkah, bukankah hak isteri sepatutnya didahulukan? Garis panduan agama dalam soal pengurusan wang nafkah bagaimana? Muncunglah isteri jika hak nya terabai. Jika dah tunaikan nafkah, berbincanglah beritahu isteri bahawa mahu membahagiakan ibu pula. Usah mengambil hak isteri untuk diberi kepada sesiapa sedangkan terbiar haknya pula.
Ya, akak setuju. Jika rasa mahu "membibik kan" isteri, eloklah ceraikan dia. Buat apa mahu terusan menyusahkan dia? Bukankah itu hanya membawa derita?
Duhai suami yang dimuliakan. Akak malas nak bebel panjang. Sebelum mengambil anak dara orang, fahami erti bakti seorang isteri. Kelas agama banyak, ustaz nak rujuk pun ramai. Belajarlah, supaya bila isteri mengandung tidak dikerah mengurut ibu dan menjaga anak-anak saudara kita pula.
Formulanya mudah. Jika mahu dihormati sebagai ketua, ketahuilah dulu apa yang patut dan apa yang sebaliknya. Lepas mencuci pinggan mangkuk dan kemas rumah isteri berkurung di bilik? Tak bolehkah? Selepas dia melakukan khidmat kepada keluarga mertua dia mungkin kepenatan. Penat letihnya mengemas dan mencuci pinggan mangkuk pernah ditanya? Mangkuk apakah pemikiran kita?
Selepas isteri bersalin bercadang nak ceraikan isteri dan ambil anak? Tahniah! Sudahlah sang ibu dan anak berkongsi nafas selama 40 minggu, mahu diambil begitu saja? Tahniah kerana tidak merancang mahu menyusukan anak dengan air susu seorang ibu. Sustagen, Anmum, S-26 dan Enfagrow A+ kan ada? Peduli apa walaupun kita tahu khasiatnya tidak setanding dengan titisan susu ibu. Janji kita boleh menunjukkan kekuasaan kita sebagai arjuna.
Akak kecewa? Ya, akak sangat kecewa jika melihat WANITA DIMANGSAKAN. Ingat, mak dan ayah si gadis nyamuk pun tak dibenarkan gigit, hadir arjuna dan keluarga mertua mahu menghancur lumatkan hati pula?
Eloklah mahu ceraikan isteri. Kerana isteri sebegini bakal berjumpa jodoh yang lebih baik. Lagi pula, kita ambil bibik dari Jawa lebih mudah. Jangankan mengurut ibu dan menjaga anak-anak saudara, tandas rumah nenek kita sekali pakej mengemop lantai kitchen tok anjang pun kita boleh arahkan bibik lakukan saja.
Salam sayang. Sekadar berkongsi ilmu dan rasa. Kasihanilah wanita, isteri bukan bibik.
ARTIKEL BERKAITAN:
Sumber 'Jika mahu 'membibikkan isteri, eloklah ceraikan dari terus menyusahkan dia'
Demikianlah Artikel 'Jika mahu 'membibikkan isteri, eloklah ceraikan dari terus menyusahkan dia'
Sekianlah artikel 'Jika mahu 'membibikkan isteri, eloklah ceraikan dari terus menyusahkan dia' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.