Judul : Pengantin Mobile Legends Dikecam Netizen, Dituduh Tidak Menghormati Keluarga
link : Pengantin Mobile Legends Dikecam Netizen, Dituduh Tidak Menghormati Keluarga
Pengantin Mobile Legends Dikecam Netizen, Dituduh Tidak Menghormati Keluarga
Kini, setiap pergerakan anda akan diperdebatkan oleh netizen. (Gambar: Rudy Aksara)
Seperti biasa, ada yang menganggapnya sekadar jenaka dan tidak kurang juga yang mengecam tindakan pengantin berkenaan.
Ada yang menganggap ianya satu tindakan kurang ajar kerana bermain ‘game’ pada hari pernikahan.
Isu berkenaan turut mendapat perhatian ahli keluarga pengantin terbabit.
KAKAK IPAR BIDAS NETIZEN
Selasa lalu kakak ipar kepada pengantin lelaki ini tampil membidas kecaman netizen ini di ruang komen di Facebook.
Menurut wanita terbabit, pengantin berkenaan tidaklah seperti yang disangkakan oleh netizen.
“Ini adik ipar aku. Mungkin akad nikah je main ‘game’. Tapi dia tidaklah seperti yang kau orang sangkakan.
“Dia anak sulung dari dua beradik yang sangat bertanggungjawab… susah dapat kerja buka restoran dia lah chef (tukang masak),” katanya.
HILANGKAN RASA GEMENTAR
Wanita terbabit terpaksa menjelaskan perkara sebenar berikutan terdapat netizen yang mengecam biarpun tidak berada di tempat kejadian.
Malah, pengantin sendiri menjelaskan tindakannya bermain permainan popular itu hanya sekadar untuk menghilangkan perasaan gementar sebelum akad nikah.
Gambar berkenaan terlebih dahulu dimuat naik oleh seorang pengguna bernama Rudy Aqsara sebelum ia ditularkan oleh beberapa laman Facebook.
Sehingga kini gambar terbabit menerima 9,000 perkongsian.
Berikut adalah status dimuat naik oleh pengantin perempuan. Malah pengantin ini sendiri tidak kisah suaminya seorang 'kaki game'.
Persoalannya jika ahli keluarga tidak mempunyai masalah, mengapa netizen perlu mengecam hingga membabitkan maruah pengantin? Tepuk dada tanya selera.
Sumber Pengantin Mobile Legends Dikecam Netizen, Dituduh Tidak Menghormati Keluarga