Judul : Sasha Tak Tuntut Bekas Suami Beri Nafkah Anak
link : Sasha Tak Tuntut Bekas Suami Beri Nafkah Anak
Sasha Tak Tuntut Bekas Suami Beri Nafkah Anak
Semenjak berpisah dengan bekas suami kira-kira enam tahun lalu, penyanyi dan pelakon Sasha Saidin menyara anak lelakinya, Adam Aryasenna Notosoemarsono yang kini berusia sembilan tahun tanpa sebarang nafkah daripada bekas suami.Memetik laporan Sinar Harian, dia tidak pernah menjadikannya perkara itu sebagai isu malah cuba menganggap bekas suami lebih tahu akan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.
"Kami berpisah secara baik, malah hubungan Arya dan bapanya juga tidak ada masalah di mana mereka sering berhubung menerusi skype meskipun jarang berjumpa kerana suami menetap di Jakarta.
"Namun saya tidak pernah mempersoalkan apatah lagi menuntut atau memaksa dia untuk berbuat demikian kerana bagi saya dia sepatutnya lebih tahu.
"Apa pun saya tak anggap ia sebagai suatu isu kerana beranggapan mungkin keadaan kewangan dia juga tidak begitu mengizinkan, lagipun saya dan Arya dalam keadaan yang baik-baik sahaja," katanya.
Sebelum ini, Sasha, 41, pernah berkahwin dengan seorang pemuzik yang juga warga Indonesia, Salyo Prinyanto pada tahun 2007, sebelum bercerai pada 10 Julai 2012.
..
Bekas kumpulan Elite ini turut meluahkan rasa syukur kerana dia dua beranak tetap dapat menjalani kehidupan bahagia sama seperti orang lain.
"Kehidupan kami berjalan dengan baik dan alhamdulillah rezeki sentiasa ada untuk memenuhi keperluan harian serta pendidikannya.
"Kami melalui hidup yang sederhana dan saya tidak pernah menjadikan status saya sebagai ibu tunggal sebagai sesuatu yang menghalang untuk kami hidup bahagia sebagaimana orang lain,” katanya.
Dalam pada itu, Sasha mengakui dia kini sedang berkawan rapat dengan seseorang namun belum merancang apa-apa ke arah yang lebih serius.
Sumber Sasha Tak Tuntut Bekas Suami Beri Nafkah Anak