Fitnah terhadap SPR mungkin tidak seburuk PRU13

Fitnah terhadap SPR mungkin tidak seburuk PRU13 - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Fitnah terhadap SPR mungkin tidak seburuk PRU13, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Fitnah terhadap SPR mungkin tidak seburuk PRU13
link : Fitnah terhadap SPR mungkin tidak seburuk PRU13

Baca juga


Fitnah terhadap SPR mungkin tidak seburuk PRU13

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka berdepan pelbagai fitnah dan tuduhan palsu yang dilemparkan pihak tertentu semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti, namun ia mungkin tidak seburuk yang berlaku pada PRU 2013, kata bekas Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Jangkaan itu, katanya berdasarkan situasi semasa dalam kalangan parti politik pembangkang yang berpecah dan tidak sependapat sesama mereka.

"Pada PRU13, pembangkang berkempen agresif dan 'all out' (bersungguh-sungguh), dia punya kempen kepada anggota mereka untuk menang pilihan raya, dan sentimen rakyat ketika itu sangat bersemangat untuk mengundi, itu sebab rakyat Malaysia termasuk yang berada di luar negara boleh dikatakan semua balik dan datang awal ke pusat pengundian.

"Tetapi pada masa itu parti pembangkang seperti DAP dan PAS bergabung, itulah situasinya kerana yang 'real hardcore' adalah orang PAS terutama dalam kalangan akar umbi mereka tetapi kali ini berbeza, PAS tidak lagi bersama pakatan, jadi mungkin berlaku fitnah (terhadap SPR) tapi tidak seburuk PRU13," katanya ketika ditemu bual Bernama sempena PRU14, di sini.

Beliau diminta mengulas sama ada SPR akan berdepan fitnah yang lebih teruk pada PRU kali ini berbanding PRU13 yang antaranya dituduh sengaja memutuskan bekalan elektrik ketika proses pengiraan undi dan membawa masuk 40,000 warga Bangladesh ke negara ini untuk mengundi.

Justeru, beliau amat menyokong usaha kerajaan untuk mewujudkan undang-undang bagi menangani penularan berita palsu yang disifatkannya boleh mengelakkan SPR dan PRU14 dicemari fitnah seperti yang berlaku pada 2013.

Abdul Aziz yang menerajui SPR antara Disember 2008 hingga Januari 2016 turut menangkis tuduhan bahawa SPR bersikap tidak adil dalam pilihan raya dan cuba membantu kemenangan parti pemerintah.

"Saya sangat yakin sebenarnya jika pengundi itu suka kepada seseorang calon atau parti itu, saya percaya mereka akan pilih calon atau parti tersebut dan tidak ada apa yang mampu mengubah keputusan mereka termasuk SPR," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memperbetulkan salah tanggapan orang ramai mengenai kerahsiaan undi apabila kononnya identiti pengundi boleh dikenal pasti melalui nombor siri yang terdapat pada kertas undi.

Menurut beliau nombor siri yang terdapat pada kertas undi sebenarnya merujuk kepada pusat atau saluran mengundi dan bukannnya kepada identiti pengundi.

"Jadi kerahsiaan undi ini sangat-sangat terjamin, adalah mustahil untuk sesiapa pun tahu calon atau parti mana yang menjadi pilihan seseorang itu menerusi kertas undi yang telah dimasukkan ke dalam peti undi, melainkan pengundi itu sendiri yang memberitahunya," katanya.

-- BERNAMA



Sumber Fitnah terhadap SPR mungkin tidak seburuk PRU13


Demikianlah Artikel Fitnah terhadap SPR mungkin tidak seburuk PRU13

Sekianlah artikel Fitnah terhadap SPR mungkin tidak seburuk PRU13 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: