Judul : Akibat potong tidak lepas, lelaki maut kemalangan
link : Akibat potong tidak lepas, lelaki maut kemalangan
Akibat potong tidak lepas, lelaki maut kemalangan
LIPIS: Akibat gagal dalam cubaan memotong, seorang kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Gua Musang maut selepas Perodua Alza yang dipandunya bertembung dengan bas Ekspres Mutiara di Kilometer 93, Jalan Lipis-Merapoh di sini, awal pagi tadi.Dalam kejadian jam 2.05 pagi itu, Mohd Najib Mohd Yusoff, 48 tahun, dari Taman Wangi, Gua Musang, Kelantan meninggal dunia serta merta akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Lipis, Deputi Suprintenden Mohd Zain Mat Dris, kemalangan berlaku semasa bas Ekspres Mutiara yang dipandu Mohamad Asri Sulaiman, 56 tahun, dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur.
"Ketika itu, bas berkenaan membawa 41 orang penumpang. Sampai di tempat kejadian, bas berkenaan dirempuh dari arah depan oleh Perodua Alza yang dipandu mangsa."Perodua Alza berkenaan dipercayai dalam keadaan cuba memotong sebuah kenderaan lain di hadapannya, tetapi tidak lepas, lalu bertembung dengan bas berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, akibat pertembungan itu, mangsa tersepit di tempat duduk sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala penumpang serta pemandu bas tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Kesemua penumpang bas juga sudah dipindahkan menggunakan bas yang lain untuk meneruskan perjalanan mereka ke Kuala Lumpur," katanya.
Mohd Zain berkata, hasil siasatan awal, kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu Perodua Alza semasa memotong kenderaan hadapan dan bertembung dengan bas ekspres berkenaan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Mayat mangsa juga sudah dihantar ke Hospital Lipis untuk tujuan bedah siasat," katanya.
Sumber Akibat potong tidak lepas, lelaki maut kemalangan