Umno: Pengundi Kedah jangan terpengaruh undi bintang bola sepak

Umno: Pengundi Kedah jangan terpengaruh undi bintang bola sepak - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Umno: Pengundi Kedah jangan terpengaruh undi bintang bola sepak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Umno: Pengundi Kedah jangan terpengaruh undi bintang bola sepak
link : Umno: Pengundi Kedah jangan terpengaruh undi bintang bola sepak

Baca juga


Umno: Pengundi Kedah jangan terpengaruh undi bintang bola sepak

Ketua Pemuda Umno Kedah, Shaiful Hazizy Zainol Abidin, berkata pengundi sepatutnya memilih sebuah parti politik yang mempunyai rekod prestasi baik.

radhi-mat-din

Laporan media menyatakan bekas pemain bola sepak Kedah dan negara, Radhi Mat Din akan menjadi calon PAS pada PRU14. (Gambar Facebook)

GEORGE TOWN: Pengundi Kedah digesa tidak terpengaruh dengan kehadiran idola, khasnya bintang bola sepak dalam sesetengah parti politik.

Ketua Pemuda Umno Kedah, Shaiful Hazizy Zainol Abidin, berkata pengundi sepatutnya memilih parti politik yang mempunyai rekod prestasi baik.

Katanya, ada laporan media menyatakan bekas pemain bola sepak Kedah dan negara, Radhi Mat Din akan menjadi calon PAS pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Laporan lain pula menyatakan seorang lagi bekas pemain bola sepak negara, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, berucap di sebuah ceramah PPBM.

“Strategi ini menunjukkan parti pembangkang masih celaru dalam menentukan siapa yang sepatutnya menjadi calon.

“Kami ingin menekankan yang orang ramai tidak sepatutnya terpedaya untuk mengundi sebuah parti berdasarkan (kehadiran) ikon semata-mata kerana ini adalah keputusan memilih pemimpin, bukannya idola.

“Pemuda Umno Kedah tidak bimbang dengan taktik yang digunakan 2 ikon bola sepak Kedah ini. Kami juga mempunyai tarikan tersendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Shaiful berkata, jika ikon ini gagal menjalankan tanggungjawab, mereka tidak mampu menyelesaikan masalah dihadapi rakyat.

“Saya ingin menasihatkan orang Kedah, jangan jadikan ikon itu sebagai ukuran ketika mengundi. Sebaliknya, pilih parti yang ada ‘track record’.

“Barisan Nasional dan Umno mempunyai masa depan, berdasarkan perancangan dan sejarahnya. BN sudah merangka pelan terbaik. Kami mempunyai ‘track record’.

“Dan paling penting, kami ialah parti lebih stabil berbanding parti pembangkang.”

Baru-baru ini, Sinar Harian melaporkan Radhi, 53, tidak menolak kemungkinan akan menerima tawaran untuk bertanding pada PRU14.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan mendapatkan restu keluarga terlebih dahulu jika dicalonkan PAS untuk bertanding di Pokok Sena.

Beliau mencipta nama dalam arena bola sepak sebagai pemain tengah Kedah dan sebagai kapten paling lama berkhidmat dalam sejarah pasukan itu dari 1991 hingga 2000. Beliau mewakili skuad negara pada temasya Sukan SEA 1989.

Akmal, 36, yang berasal dari Jitra, Kedah, ialah penyerang yang mewakili Malaysia dari 1998 hingga 2008. Beliau antara kumpulan pertama yang mendapat latihan di luar negara.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Umno: Pengundi Kedah jangan terpengaruh undi bintang bola sepak


Demikianlah Artikel Umno: Pengundi Kedah jangan terpengaruh undi bintang bola sepak

Sekianlah artikel Umno: Pengundi Kedah jangan terpengaruh undi bintang bola sepak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: