Judul : U Mobile tawar pelan insurans percuma GOLIFE 5
link : U Mobile tawar pelan insurans percuma GOLIFE 5
U Mobile tawar pelan insurans percuma GOLIFE 5
KUALA LUMPUR: Penyedia telekomunikasi, U Mobile Sdn Bhd, bakal menawarkan langganan percuma produk insurans mikro pertama syarikat, GOLIFE 5 selama dua bulan kepada pelanggannya.
Dalam satu kenyataan hari ini, U Mobile berkata, GOLIFE 5 adalah satu daripada dua produk insurans mikro yang ditawarkan syarikat berkenaan bermula hari ini, yang menawarkan perlindungan insurans bernilai RM5 setiap bulan.
"Langganan percuma GOLIFE 5 membekalkan pelanggan dengan perlindungan insurans sehingga RM18,000 untuk kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh (TPD).
"Selain itu, perlindungan insurans sehingga RM36,000 untuk kematian atau TPD berpunca daripada penyakit berjangkit yang spesifik seperti demam denggi, demam chikungunya, malaria, Ensefalitis Jepun (JE), selesema Avian atau jangkitan virus Zika," katanya.
U Mobile berkata, selain GOLIFE 5, pelanggan juga boleh memilih GOLIFE 10 yang menawarkan perlindungan sehingga RM76,000 dengan bayaran premium RM10 setiap bulan.
"Usia minimum bagi permohonan pelan GOLIFE adalah 18 tahun dan maksimum 45 tahun.
"Pelan GOLIFE 5 dan GOLIFE 10 ditawarkan kepada pelanggan U Mobile yang layak bermula hari ini.
"Orang ramai boleh melayari laman web rasmi U Mobile di pautan www.u.com.my atau menggunakan aplikasi MyUMobile untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai dua pelan berkenaan," katanya.
"Mengulas lanjut, katanya, bagi pelanggan yang dipilih untuk langganan insurans GOLIFE 5 secara percuma selama dua bulan, mereka akan menerima satu pemberitahuan melalui aplikasi MyUMobile.
Sumber U Mobile tawar pelan insurans percuma GOLIFE 5