Judul : Tak Penting Paras Rupa Untuk ‘Mentor Otai’
link : Tak Penting Paras Rupa Untuk ‘Mentor Otai’
Tak Penting Paras Rupa Untuk ‘Mentor Otai’
PELAKON dan penyanyi Zarul Husin tidak meletakkan sebarang kriteria dalam pemilihan protegenya menerusi program realiti, Mentor Otai.Bagaimanapun, Zarul atau nama sebenarnya Zairulkefli Husin, 45, berkata dia mahu memilih protege yang memiliki bakat nyanyian serta seiring dengan sikap positif.
“Saya tak ada letak sebarang kriteria untuk cari atau pilih protege. Paling utama dia perlu ada bakat dalam nyanyian.
“Boleh menyanyi dan kalau ada pengalaman dalam bidang itu pun lagi bagus. Saya tak pentingkan sangat rupa paras tu.
“Tapi dia kena ada sikap yang positif dan yang nak belajar bersungguh-sungguh. Bukan sekadar nak main-main,” kata Zarul.
Zarul ditemui ketika sesi fotografi bersama media di Commersial Hub Studio, Kuala Lumpur pada Selasa.
Tambah vokalis kumpulan Umberella ini, dia terkejut apabila menerima tawaran untuk menjadi salah seorang mentor bersama tiga lagi selebriti iaitu Siti Sarah, Tam Spider dan Misha Omar.
Namun dia turut berasa teruja untuk berkongsi segala pengalaman yang ditimba selama lebih 20 tahun dalam bidang seni.
“Mula-mula dapat tawaran jadi mentor macam tak percaya betul ke tidak. Tapi apabila pihak pengurusan dah mengesahkan perkara itu saya terus rasa teruja.
“Nak berkongsi segala pengalaman dan ilmu yang saya perolehi sepanjang lebih 20 tahun dalam industri seni,” ujarnya.
Sesi uji bakat bagi mencari dua orang protege yang berusia 35 hingga 55 tahun bagi setiap mentor akan diadakan pada Sabtu dan Ahad ini bermula pukul 10 pagi hingga 2 petang.
Program yang bakal dikendali oleh penyanyi Elly Mazlein dan penyampai radio Hot FM, Haziq itu akan mula bersiaran pada pertengahan bulan Mac di TV3.
Sumber Tak Penting Paras Rupa Untuk ‘Mentor Otai’