Suspek ke-4 ditahan disyaki jual gelaran ‘datuk seri’ palsu

Suspek ke-4 ditahan disyaki jual gelaran ‘datuk seri’ palsu - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Suspek ke-4 ditahan disyaki jual gelaran ‘datuk seri’ palsu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Suspek ke-4 ditahan disyaki jual gelaran ‘datuk seri’ palsu
link : Suspek ke-4 ditahan disyaki jual gelaran ‘datuk seri’ palsu

Baca juga


Suspek ke-4 ditahan disyaki jual gelaran ‘datuk seri’ palsu

Lelaki berusia 49 tahun dipercayai turut terbabit dalam memaparkan penjualan pingat dan darjah kebesaran Pahang secara tidak sah di laman Facebook.

polis_handcuff_600

KUANTAN: Polis menahan seorang lagi lelaki yang dipercayai anggota sindiket penawaran serta penjualan gelaran darjah kebesaran Pahang yang tidak wujud menerusi laman sosial Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, suspek ke-4 berusia 49 tahun itu ditahan di rumahnya di Batu Caves, Selangor, pada 6.45 petang tadi oleh sepasukan anggota dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Kontijen Pahang.

“Suspek dipercayai turut terbabit dalam memaparkan penjualan pingat dan darjah kebesaran Pahang secara tidak sah di laman Facebook.

“Iklan berkenaan dipaparkan di akaun yang menggunakan nama Nazzaitulhaida Mohd Ali mengatakan siapa yang berminat mendapatkan gelaran dan ‘Datuk Seri’ dari Pahang boleh menghubungi nombor diberikan dan berjumpa mereka di Kuantan semalam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Susulan penahanan itu, katanya, polis turut merampas sebuah telefon bimbit jenis Huawei tab dan sekeping kad sim bagi membantu siasatan.

Wazir berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 3(1) Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017.

Sebelum ini, polis menahan 3 suspek, termasuk seorang wanita bergelar “Datin”, 60, dalam serbuan berasingan di ibu negara awal bulan ini dan Melaka Khamis lepas yang dipercayai terbabit dengan kegiatan penjualan pingat dan darjah kebesaran Pahang yang tidak wujud.

Mereka menggunakan modus operandi sama, iaitu mengiklankan jualan gelaran “Datuk” dan “Datuk Seri” dengan harga anggaran RM180,000 hingga RM400,000 di laman sosial.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Suspek ke-4 ditahan disyaki jual gelaran ‘datuk seri’ palsu


Demikianlah Artikel Suspek ke-4 ditahan disyaki jual gelaran ‘datuk seri’ palsu

Sekianlah artikel Suspek ke-4 ditahan disyaki jual gelaran ‘datuk seri’ palsu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: