Judul : Sari Yanti dah letih sangat, tak larat
link : Sari Yanti dah letih sangat, tak larat
Sari Yanti dah letih sangat, tak larat
BENARLAH kata orang tua-tua, kalau mengandung, orang perempuan akan kelihatan lebih berseri-seri.Biarpun tidak pernah berkongsi mengenai perincian kehamilan ketiganya ini, namun gambar terbaharu yang dikongsikan oleh pelakon, Sari Yanti dan jurugambar, Annas Easkey membuatkan rata-rata netizen teruja dan Sari sendiri kelihatan lebih berseri-seri.
Menerusi posting Annas menerusi laman Twitter miliknya, dia berkongsi gambar terbaru isteri kepada Jep Sepahtu yang kini sedang hamil.
"Shoot tak sampai 15 minit sebab kak Sari dah letih sangat dan tak larat. Semoga dikurniakan anak yang sihat, soleh dan solehah. Tak sabar nak tengok abang Jep Jr," tulisnya.Manakala Sari Yanti menerusi akaun Instagram peribadinya berkongsi sekeping gambar dengan kapsyen yang agak melucukan.
"Senyum ala ala macam sejuk. Suka ke kakak awak kena terik matahari tu..? Ke lepas snap gambar je dia terus pandang Annas Easkey macam nak telan?
"Alhamdulillah dijaga dengan baik sekali.. tembam dah kakak awak semua... Bak kata Annas Easkey badan kakak membesar bak juara... Ya betul.. Juara di hati abang awak Jep Sepahtu," tulisnya sambil disertai ribuan ucapan tahniah dan pujian mengenai penampilannya kini.
Sari dan Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017.
Sebelum ini, Sari pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Edy Casmadi Che Hussin dan dikurniaka. dua orang anak, Barr Al Aliy, 8, dan Basit Al Haq, 6, tetapi bercerai pada 2014.
Sumber Sari Yanti dah letih sangat, tak larat