Judul : Roti canai 50 sen, berniaga sambil beramal (VIDEO)
link : Roti canai 50 sen, berniaga sambil beramal (VIDEO)
Roti canai 50 sen, berniaga sambil beramal (VIDEO)
SEGAMAT, 1 Feb — Bukan sedikit pelanggan yang terkejut apabila mengetahui masih ada roti canai berharga 50 sen pada zaman ini.
Namun, realitinya roti canai semurah itu masih ada dijual, sekurang-kurangnya dilakukan peniaga Rozaini Abu di Kampung Tengah di sini, hampir dua bulan lalu.
Memang Rozaini, turut mahir menebar roti di udara, menyimpan hasrat menjual makanan itu pada harga demikian kerana mahu mencari rezeki halal sambil beramal, lapor Kosmo!.
Hasrat pasangan Rozaini dan isteri Rosidayu Mat Ali, 38, tertangguh sejak dua tahun lalu tetapi memulakannya sebaik saja mendapat tapak sesuai.
“Saya nekad memulakan perniagaan selepas ditawarkan tempat oleh bapa angkat saya berikutan penyewa kedainya sebelum ini tidak lagi mahu berniaga,” katanya.
Lelaki asal Durian Tunggal, Melaka berharap jualan roti dengan harga itu “tidak membunuh” perniagaan orang lain walau keuntungan kecil diterimanya.
Selain roti canai, Rozaini turut menjual roti telur, roti sardin, roti planta, roti bomm, roti power cheese dan roti sardin king dengan harga berpatutan.
Terjual 500 keping roti canai sehari, Rozaini, dibantu isteri dan tiga pekerja, turut menyediakan khidmat pesanan ke rumah pelanggan.
Namun bapa kepada empat anak ini, tidak membenarkan setiap pelanggan membungkus lebih 20 keping selepas jam 9 malam, bagi memastikan lebih ramai menikmatinya.
Operasi kedainya bermula jam 5 petang hingga 11 malam setiap hari kecuali Jumaat.
Sumber Roti canai 50 sen, berniaga sambil beramal (VIDEO)