Judul : Penangan Kopi Pra Campuran 4 Dalam 1?
link : Penangan Kopi Pra Campuran 4 Dalam 1?
Penangan Kopi Pra Campuran 4 Dalam 1?
Kecoh seketika di laman sosial apabila beberapa orang dilihat terpaksa menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas didakwa meminum sejenis kopi pra campuran berperisa buah tempatan.
Seramai empat pesakit dirawat di Zon Merah Bahagian Kecemasan selepas menunjukkan simptom-simptom seperti seperti tekanan darah tinggi, berpeluh dan kelihatan resah.
BACA: Bas London Digerakkan Dengan Sisa Kopi
Difahamkan, dua daripada pesakit itu merupakan kenalan telah imasukkan ke wad pada 27 Januari lalu manakala dua orang lagi merupakan rakan sekerja dikejarkan ke hospital yang sama pada Selasa lalu selepas mereka meminum kopi pra campuran yang sama.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, memberitahu pihak Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKN PP) sedang membuat siasatan mendalam mengenai perkara ini dan akan memaklumkan kepada orang awam selepas mendapat keputusan nanti.
Sementara itu, Pengarah JKN PP, Dr Wan Mansor Hamzah, berkata pihaknya sedang membuat beberapa ujian termasuk ujian darah ke atas pesakit untuk mencari punca sebenar dan akan mendapatkan sampel kopi berkenaan untuk diuji.
Tambahnya, dia meminta orang ramai supaya mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital berdekatan jika mereka mengalami simptom yang sama.
ARTIKEL BERKAITAN:
Teguran Tajam Untuk Barista Kopi Yang Angkuh
Ini Keistimewaan Kopi Cap Halimah
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram